Saturday, April 11, 2009

Didik Anak Mahir Bahasa Inggeris

Didik Anak Mahir Bahasa Inggeris
(Arkitel dari Harian Metro)

ISU penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah menimbulkan kekeliruan ibu bapa. Walaupun bahasa kedua, kepentingannya tidak boleh dinafikan kerana ia bahasa global.

Justeru, sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi semangat kepada anak-anak supaya mempelajari bahasa itu tanpa perlu memikirkan mengenai soal lain.

Ibu bapa perlu memikirkan natijah apabila anak-anak melangkah ke institusi pengajian tinggi, kebanyakan buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris.

Bahkan pergaulan dan pelbagai perkara lain banyak yang menuntut pengetahuan mereka dalam bahasa antarabangsa itu.
Ibu bapa perlu faham bahawa penggunaan bahasa itu bukan hanya di kalangan anak-anak, tetapi mereka (ibu bapa) harus mempelajarinya dan bertutur dalam kehidupan seharian supaya mereka tidak kekok apabila menggunakan bahasa itu.

Proses pendewasaan mereka memerlukan anda berfikiran waras. Untuk itu, satu usaha berterusan harus dilakukan ibu bapa terhadap anak-anak.

Jika ibu bapa berpendidikan tinggi, tentu penggunaan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak tiada masalah tetapi bagaimana dengan ibu bapa yang kurang mahir berkomunikasi menggunakan bahasa itu?

Justeru, ibu bapa perlu mempunyai sikap hendak seribu daya dalam usaha melahirkan anak-anak cerdik serta berdaya saing.

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mendidik anak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Selalu berbual dalam bahasa Inggeris dengan anak-anak.

Kaedah yang terbaik adalah satu keluarga satu bahasa tetapi kadang kala ada kalangan ibu bapa yang tersasul bercakap bahasa Melayu.

Amalkan budaya berbahasa Inggeris bukan bermakna mengetepikan bahasa ibunda tetapi bertujuan memahirkan anak dengan bahasa berkenaan.

Jangan rasa malu apabila menggunakannya. Jika ada kesalahan tertentu, segera perbetulkan. Ini membuatkan anak-anak seronok belajar sama ada menggunakan kamus, membaca akhbar atau novel bahasa Inggeris.

• Gunakan kad imbas

Kad imbas ini boleh anda dapati dengan mudah di kedai buku atau pasar raya dengan gambar dan tulisan menggambarkan penerangan yang diberi.

Banyak teknik yang boleh digunakan dengan kad imbas kerana anda tidak perlu terjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris untuk objek-objek yang ada di kad imbas itu.

Ini bermakna anak-anak anda akan belajar perkataan-perkataan baru dalam bahasa Inggeris itu berdasarkan gambar yang dilihat.

Ini amat baik kerana dengan cara ini, anak-anak anda akan "berfikir" dalam bahasa Inggeris.

Anda boleh membuatnya sendiri dengan membeli kad manila, kemudian ambil gambar di majalah yang mengandungi gambar-gambar berkenaan. Ia lebih jimat dan berkesan dalam kaedah pengajaran anda.

Apa yang penting dalam menggunakan teknik ini ialah:

1. Jangan paksa mereka - kanak-kanak kecil mempunyai mood.

2. Konsisten - Jangan kejap buat kejap tidak.

3. Ikut tingkah laku anak-anak - Jangan risau jika anak anda lewat sikit bercakap dengan betul.

4. Pastikan apa yang anda pertuturkan itu betul terutama dari segi tata bahasanya dan sebutan. Jika tidak pasti, semak tata buku bahasa dan juga kamus.

3 comments:

jajazuzu said...

tak sempat baca. dah ada anak nti aku baca ye. hekheehehkehe

azilaraffie said...

jajazuzu : aku tau ko akan kata begitewwww....

mahirEnglish said...

Betul tu..melentur buluh biar dari rebungnye...tapi masih belum terlambat bagi golongan lepasan ijazah jika ingin belajar bahasa inggeris...Teknik2 Mudah dan Berkesan!..maklumat lanjut ..mahirbahasainggeris.com