Wednesday, July 29, 2009

Help!! Ruam Lampin

Ruam lampin (nappy rash, napkin rash, diaper rash) ialah ruam-ruam merah di kawasan kemaluan dan punggung. Sebagaimana namanya, ia kerap berlaku pada kanak-kanak terutamanya bayi.

CONTACT DERMATITIS
Tanda-tanda
ruam merah, kulit mengelepuh, luka, bengkak

Penyebab
Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit.

Ia juga mungkin disebabkan oleh:
•Kulit terdedah air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama.
•Alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang.
•Alahan kepada bahan pencuci yang digunakan untuk membasuh lampin kain.

Rawatan
1.Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida.

2.Gunakan air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.

3.Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakan pengudaraan dan mengeringkan kulit bati.

4.Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat.

5.Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.

RUAM LAMPIN CANDIDA

•Jangkitan kulat pada kulit di kawasan lampin yang mungkin meliputi bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen.

•Disebabkan oleh organisma Candida albicans di mana ia hidup di kawasan panas dan basah.

•Ia muncul sebagai ruam yang berwarna merah lembab dengan bintil-bintil kecil berwarna putih atau kuning, dan dalam keadaan yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah.

•Ia mudah dibezakan daripada contact dermatitis jika ruam tersebut melibatkan lipatan-lipatan anggota badan.

•Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak anda berjumpa doktor kerana mungkin ia bersangkutan dengan jangkitan kulat.

Rawatan
Rawatan meliputi:
•Krim atau ubat sapu antikulat, seperti nystatin, disapukan pada kawasan ruam beberapa kali sehari.
•Keringkan kawasan yang dijangkiti.
•Sapukan krim antikulat diikuti dengan krim zink oksida

SEBORRHEIC DERMATITIS

Tanda-tanda dan simptom
•Disebabkan oleh pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kelenjar sebaceous.
•Ruam berwarna merah, bersisik dan berminyak.
•Dilihat sejurus selepas kelahiran di tempat-tempat yang mengandungi banyak kelenjar sebaceous iaitu kulit kepala (cradle cap), di belakang telinga, bawah lengan, di celah peha, dan di lipatan kaki.
•Kadang-kadang jika ruam sangat teruk, ia boleh mengeluarkan cecair.
•Jangkitan kuman boleh terjadi.
•Kemungkinan akan berlaku sisik-sisik di bahagian kening, muka dan kulit kepala.

Rawatan
•Krim steroid jika perlu boleh membantu keadaan ini.
•Kadang-kadang krim antikulat diperlukan jika ada jangkitan kulat.
•Minyak zaitun boleh melembutkan sisik-sisik dan kulit kepala dapat dirawat dengan penggunaan syampu.


Note : cikBetty asyik kene on off ruam jek.. dh beli byk ubat, lotion suma.. tp tu laa, ilang kejap, pastu jadi balik.. jumpa doc pon dh jugak.. di bg lagi ubat tahan gatal ngn calamine lotion.. kekadang bila cuaca panas sgt, ruam tu naik smpai kt belakang leher, belakang telinga suma.. yg x tahan tgk tu, time gatal laa.. kesian mintak bukak diapers.. byk toksin kot lam badan dia tuh.. kencing bisa agaknye.. nk kata diapers x sesuai, dh tukar lain.. still ade gak.. camno tu?? aduhh.. kene bwk jumpa bomoh pakar neh..

9 comments:

littlemama said...

cik jeela, cuba pakai Elomet cream (tanya farmasi atau klinik).. agak mahal for a small tube tapi sangat berkesan hilangkan rashes dan ezcema.. bila dah baik tu amalkan sapu diaper barrier lotion/cream setiap kali tukar lampin.. i selalu pakai Earth Mama Angel Baby Bottom Balm... alhamdulliah jarang la izzah kena rash ni.

p/s kadang2 type of formula milk atau food yang dia makan boleh menyebabkan rashes ni so kena observe la.. kalau BF dah boleh exclude yg formula tu, tapi food memang ada kaitan.. bila dah diproses jadi najis/urea sometimes ada yang bisa kalau kena skin.

Farah said...

erk..siannye cik betty..agaknye die cik betty ni tak tahan panas kot..puteri lilin ekk..

mummy_ayu said...

kesian nya...dah try drypolene? or maybe dia ada allergic kat some food, kena check tul tul..kids memang susah nak detect apa masalah sebenar.apa pun, semoga cepat sembuh ye cik betty!

azzamoro said...

susah juga kan kene macam ni. kesian tengok budak. mungkin kena tukar lampin dengan lebih kerap kot..takpun tukar CD..

shila ariff said...

sejak hazim lahir..mama sapu tepung ubi kayu seblm pakaikan diaper..alhamdulillah, so far ok je..then bila ada ruam2 kat leher dia, mama pun sapukan tepung ubi kayu tu..cuba le try..mana tau sesuai ngn cik betty...insyaAllah...

CatlinaFly said...

salam...e-ein pernah gak kena ruam lampin..teruk sgt smpi menggelupas, kesian sgt tgk..sebelum tu pakai pureen nappy cream..bwk g 2-3 klinik, asyik bagi antifungal jek..on & off ruam dia,wpun tukar diaper selang 3-4 jam.. pastu masa g checkup bulanan kat klinik kerajaan, nurse bagi drapolene.dua bulan lepas kalau tak silap.sejak pakai drapolene, mmg tak naik dah ruam lampin.gebu jek montot dia & dia tak garu2 atau cekau2 montot sejak tu...cuba try pakai drapolene.lagi satu make sure tak de lebihan sabun kat celah2 lipatan paha & bhgn montot lepas mandi, takut rengsa kena sabun ke...

& mungkin juga alahan makanan..cik betty mkn ape skrg?
ada bagi susu formula x? kalau ade bagi cow milk based nye susu, takut dia ade alergi sebab tu on & off..anak sy masalah alergi susu lembu pun yer jugak...

pastu dah tukar ke susu lactose free/soy based + pakai krim drapolene + kerap tukar lampin + tukar lampin huggies ke drypers (dia jugak alah kat huggies!) = dah takde dah ruam! :)

yaya said...

Wah, cepat berhijrah ke london....

miezaniera said...

Qasrina sejak lahir pakai cream Dermoplex. ada dijual di tesco. Setakat ni Alhamdulillah berkesan.Boleh la kalo nk try ;D

p/s: Jom tolong vote utk Qasrina

just type

VOTE G02

di entry dibawah ini..

http://damiaqish.blogspot.com/2009/07/mari-mengundi.html

Dr Muhammad Akbar bin Abdullah said...

Info yang menarik untuk merawat ruam lampin. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana ada produk-produk susu formula yang boleh menyebabkan alahan kulit. Alahan kulit boleh meningkatkan risiko mendapat ruam lampin dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya, kita memberikan susu badan kepada anak kita.