Friday, May 29, 2009

Mari kongsi cacing (kecacingan)

salam.. hai puan² suma.. tuan² pon hade juge ke? hehehe.. baru² ni sy ade terpikir nk kasik ubat cacing pada cikBetty.

hemm.. x silap masa g check-up kt klinik aritu, ade gak tnya Misi bila masa yg sesuai nk kasi ubat cacing ni.. lgpon bile tgk perut cikBetty yg muncit itew, makin risau ler mamanye ini kan.. mana laa tau kot² cacing ke hape..

kata Misi tuh, perut muncit x semestinye hade cacing.. tu kuat mkn tuh.. hahaha!! hade ke patut kata cikBetty cenggitu.. hampes jek..

hasil rondaan sy, maka dpt gak laaa korek info kecacingan ini dari blog Dr. Azwan. Owh.. kalo nk tgk gambo cacing, sila² ler ke blog Dr.Azwan tu ye.. x brani nk letak pict! kang hade yg pinsan.. haha!!

Antara cacing² giler glamour di Msia

- Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..

- Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah

- Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus

- Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah
(bergantung kepada jenis cacing) :-
•Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
•Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
•Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
•Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
•Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
•Demam, ruam-ruam badan, alahan
•Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :-
1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing
1. Albendazole/mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

note : puan² yg penah kasik anak mkn ubat cacing, sila sharekan pengalaman anda yok! macehhh =P

4 comments:

YatieJay said...

Salam...anak kita hampir sebaya laaa (mine lahir bulan mac08)...Masa check up 1thn 2bln kat gov clinic, dia akan bagi ubat cacing utk anak kita...Saya blm bagi pun lagik....

miezaniera said...

tq..info yg sgt berguna..Qasrina pun perut buncit jugak tp belum setahun lagi..hehehe buncit sbb kuat makan kot kan kan

Ada Dalina said...

gud info..thanx...

azilaraffie said...

yatie : salam yatie.. yeke? apesal aritu kite g klinik dia x kasik ek? pelik...

miezaniera : hahaha.. lagi 1 wak, misi tu kata perut muncit tu mungkin sebab x bedung perut baby betul²..

ada ayrissa : sesame...