Thursday, June 24, 2010

Please have a seat.


image from google

Berita Harian

Jumaat, 22/01/2010


Duduk terlalu lama bahaya kesihatan

Kajian dapati amalan punca serangan jantung


LONDON: Saintis memberi amaran duduk untuk satu tempoh lama boleh membahayakan kesihatan walaupun bagi mereka yang selalu bersenam.


Penyelidikan menunjukkan mereka yang banyak menghabiskan masa dalam keadaan duduk, tidak kira di pejabat, sekolah, dalam kereta atau di depan komputer, besar kemungkinan mengalami kegemukan, menghadapi risiko serangan jantung atau jatuh mati.


Dalam satu lidah pengarang minggu ini dalam jurnal perubatan The British Journal of Sports Medicine, Elin Ekblom-Bak dari Fakulti Sains Sukan dan Kesihatan Sweden mencadangkan pihak berkuasa menyemak semula definisi aktiviti fizikal untuk menyerlahkan bahaya duduk terlalu lama.


Setakat ini pihak berkuasa kesihatan belum meletakkan had tempoh duduk bagi seseorang walaupun sudah mengeluarkan garis panduan yang mencadangkan aktiviti fizikal ketika duduk.


"Selepas empat jam duduk, badan kita akan menghantar isyarat yang tidak menyenangkan," kata Ekblom-Bak.


Beliau berkata, gen yang mengatur jumlah glukos dan lemak dalam badan akan mula berhenti bertindak jika seseorang duduk pada tempoh lama.


Pakar aktiviti fizikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tim Armstrong, berkata mereka yang bersenam setiap hari, tetapi banyak menghabiskan masa duduk mungkin tidak dapat manfaat aktiviti senaman mereka.


Satu kajian diterbitkan tahun lalu yang menjejaki tabiat 17,000 warga Kanada bagi tempoh 12 tahun, mendapati mereka yang duduk paling lama berdepan risiko kematian lebih tinggi, walaupun mereka kerap bersenam.


"Kita masih tidak mempunyai bukti cukup untuk menyatakan tempoh duduk yang boleh dikatakan membahayakan," kata Peter Katzmarzyk dari Pusat Penyelidikan Biomedikal Pennington di Baton Rouge, yang mengetuai kajian di Kanada berkenaan.


Perangkaan dalam kajian di AS pada 2003-2004 mendapati rakyat negara itu menghabiskan separuh daripada masa mereka duduk, sama ada ketika kerja atau memandu. - Agensi



***Jom melebarkan montot~~ ngeee

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

ahaha.
itu gmbo sgt kelako!

azila raffie said...

klakar kan??

hahah!