Showing posts with label parking. Show all posts
Showing posts with label parking. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Oh teh tarik!

Halo hari ahad!
Hari ni kne saman trafik atas kesalahan no. 2. *pengsan*
Memandangkan pasar karat ni mcm2 ada, so gigih laa nk pegi pagi ahad ni..

Tp mcm yg satu dunia tau (eceh..) parking adelah tidak mencukupi utk semua pelanggan.. So adelah yg park merata + jauh.. Dannn, ni gara2 parking kt tepi jln walopon bkn jln besar, kami telah di saman.. Wuwuwu..
Tp rasanya mcm x adil plak.. Yela, ari ahad spatutnya kasi laa chance utk org beriadah + shopping + mkn brsama family..

Sgt x adil.. Nk saman sgt pon, agak2 laaa.. Try cer tgk tmpt parking kt dlm tu penuh ke tidak? Kalo kami semua dh parking kt luar tu, maknenya kt dlm tuh dh penuh laa...

Ingt kami suka sgt ke nk parking kt tepi2 tu? Kami pn syg keta woo... atleast sila sediakan parking yg ckup utk kemudahan semua. Parking bertingkat barangkali? atau parking berbayar? Hemmm!
Kami smpat menemuramah abg polis yg menyaman kami, beliau hnya menasihatkan pegi ke balai jika mahu membatalkan saman or koman2 pn kompaun.. X kuase ai... Tgk laa kalo rajeeeennnn..

Friday, February 25, 2011

Parking Bertingkat

 

Majlis Perasmian Parking Bertingkat Oleh Dato' Seri Haji Ahmad bin Said ( MB ) Pada 2 Februari 2011 (sumber : MDKT)

Pada 2 Februari 2011 yang lalu, telah berlangsungnya majlis perasmian Parking Automatik (Rotary Type) yang bertempat di Batas Baru, Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said. Parking tersebut telah mula dibina pada 9 Mei 2010 dan telah siap sepenuhnya pada Disember 2010. Ia merupakan parkir automatik ( rotary type ) yang pertama di Malaysia. Parkir ini dibina bertujuan untuk memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka memandangkan tanah di Pusat Bandar Kuala Terengganu tidak mencukupi untuk dijadikan kawasan tempat letak kereta yang besar. Sistem ini boleh dibina di ruang yang kecil tapi memperolehi bilangan parkir yang lebih dengan nisbah 1:4. Bilangan unit parkir yang disediakan adalah sebanyak 200 unit untuk kereta biasa manakala 32 unit untuk kenderaan MPV. Caj yang dikenakan adalah RM 2.50 untuk 1 jam yang pertama dan RM 1.00 untuk jam yang seterusnya. Datuk Bandar Kuala Terengganu berharap dengan terbinanya Parking Bertingkat ini, maka masalah kekurangan tempat letak kereta akan dapat diatasi dan orang awam berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.



hek! penemuan ketika pulang ke kg sempena Thaipusam bulan lepas. haha! masa we all amek gambo neh, dorag tgh test parking neh kot.. terkujat ler kejap sbb kt KT ni ade parking bertingkat.. heheh! jakun! tertanya² ler jugak bape laaa nk kene bayor kalo parking kt cni.. rupanya RM2.50 sejam pertama +RM1 utk jam seterusnya.. kira murah gak laa kan? bape lama jek laa nk amek masa round² area ctu. Pi mai pi mai tang tu jugak..  kalo ade masa nnt, bole ler try.. kekeke!

kolumpo bila nk buat cenggini? hehehe!

Selamat hari Jumaat!