Friday, July 9, 2010

Dah cuci hati anda?

Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.


Menurut Dr Fadzilah Kamsah, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita.


Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada.


Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.


Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yang paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.


Petua Dr. Fadzilah Kamsah - Mencuci Hati dengan Bacaan Selawat

1 comment:

suhaisweet said...

Visiting here friend, cool blog n n3..nice..Very special brought for u.. Check it out!