Monday, January 18, 2010

Cinta Balqis

Cinta Balqis - Arini isnin last episod.. huhu!

kene pantas sampai umah arini.. ekeke!


Sipnosis (http://watchcintabalqis.blogspot.com)


Cinta Balqis pula melatari slot Akasia yang menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang mulai 2 November ini.

Siri 44 episod yang diterbitkan oleh Radius One Production Sdn. Bhd., itu diarahkan oleh Heykal Hanifah yang sebelum ini pernah menghasilkan siri Pertama Ramadan dan Cinta Untuk Ain.

Siri tersebut dibintangi oleh Eira Syazira (Balqis), Zamarul Hisham (Ezani / Emran), Fezrul Khan (Hasan), Memey Suhaiza (Marisa), Mak Engku (Mak Bilah), Hamidah Wahab (Habshah) dan Ainul Aishah (Siti).

Tidak ketinggalan, Aripah Damanhuri (Mak Wok), Hafizudin (Tuan Baharom) dan Megat Shahrizal sebagai Mukhriz.

Cinta Balqis mengetengahkan kisah percintaan tiga segi antara Balqis, Ezani dan Hasan. Dalam satu pertemuan yang tidak dirancang, Ezani dan Balqis saling jatuh cinta.

Sedangkan, sejak kecil lagi, Hasan yang merupakan teman sepermainan Balqis telah menaruh hati terhadapnya.

Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia. Setelah berkahwin, Ezani membawa Balqis ke rumah orang tuanya untuk meminta restu daripada mereka. Bagaimanapun, pergaduhan besar berlaku antara Tuan Baharom dan Ezani sehingga dihalau dari rumah tersebut.

Dalam perjalanan memulakan kehidupan baru, malang menimpa. Kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan nyawa Ezani manakala Balqis koma selama sebulan.

Setelah sedar dari koma, kesedihan akibat kehilangan suami bertambah apabila Balqis disahkan mengandung.

Kepayahan dalam membesarkan anak tunggalnya, amat dirasainya, apatah lagi ibunya Mak Wok telah diberhentikan kerja oleh Tuan Baharom gara-gara membiarkan perkahwinan anaknya dengan Ezani.

*update for last episode : selepas pelbagai dugaan, akhirnya Balqis + Hasan kawin jugak.. merasa laaa dia pakai songket merah. Ezani/Emran stick with her beloved wife, Marisa. Irfan dapat ayah baru. Habshah (mak ayam yg jahat) kene tahan polis. Tuan Baharom (bapak Ezani) duduk jek kt rumah feeling blues.. ngaaa~~

*x suka ending dia! nyampah ai.. tp betul laa jugak.. cinta sejati ada depan mata. @-@

Wednesday, January 13, 2010

Saman Malu

SHAH ALAM 13 Jan. – Seorang ibu telah menyaman sepasang kasut tinggi yg baru di belinya kira-kira 2 bulan lalu. Saman malu itu telah di failkan di hadapan hakim mahkamah hari ini, pagi semalam.


Berdasarkan rekod, ibu yang tak berapa muda itu telah berjalan di kaki lima sambil mendukung anak perempuannya dengan memakai kasut tinggi lalu terjatuh di hadapan dua orang lelaki.


Menurut seorang saksi kejadian, ia berlaku selepas ibu tak brapa muda itu mendaki anak tangga yg tinggi sambil mendukung anaknya.


“Saya rasa ibu muda itu keletihan”, kata saksi berkenaan. Berikutan dengan itu, satu rang undang-undang akan di buat untuk Akta Tangga & Kasut di bawah Seksyen 14 (8). – Takde Nama


*saya malu~~~

Tuesday, January 12, 2010

Hati berbelah empat

Saya sibuk isi online form cari pekerja baru untuk opis..

Masuk ni, dah 3 website free sya terjah

Utk 1st website yg sy dah reg, hampir 20 org dah apply

Interview masih belum lg dijalankan

Bila nk panggilnye, x pasti plak.. hehe!

Kepada yg dah apply keje tu, harap sabar menunggu ye..

hehehhe!

.

.

.

sy dah apply cuti

sbb mak sy pegi holiday ke langkawi hujung minggu ni

jd sy kene jaga sendiri anak sy tu.

Tp selepas mendapat panggilan sebentar td

hati sy berbelah bagi

mcmana sy nk pegi?

sape nk tolong jaga cikBetty saya jumaat ni?

huuu... jap lg bincang ngn pakpecHo~~

Friday, January 8, 2010

tak nak kawan sudahh...

salam jumaat..

hari ini sangat sejukk... grrrrr.... + air-cond kt opis neh baru jek lepas service.. bertambah ler kekecutan sy neh.. (kecut?? kalo kecut jd kurus xpe gak! haha!) cuaca lak segan² nk panas.. hehe!

tghari td mkn lauk ikan masak gulai + kacang panjang goreng cincai + kerabu taugeh (sedap!).. pastu blasah minum air suam 2 gelas.. = rasa loya kt tekak.. (apekah???)

tp sebelum tu dh order mekdi.. haha! giler ahh.. pas mkn lauk, mkn burger plak.. (hishh.. bila laa mau kurus?) hahhaha!

hemm.. esok ari sabtu kan? hemm.. nk start engine jari jemari neh.. haha!! nk try buat karipap plak.. huhu! uli jgn x uli.. kang x jadi, slamat ke tong sampah ler jawabnyer.. kuikui!

k la.. nk sambung wat kije cket.. jap lg nk balik! hoyeehhh~~ pasneh sy pon xmo amek port lg laa pasal org tuh... xmo dah tnya khaba.. kang kene marah lg.. nyampah mak nok.. hahaha!..

Selamat hujung minggu!

Thursday, January 7, 2010

Kain Kosong @ Kain Bunga²

Semalam mak saya kata :

ko (saya laa tu.. hehe) kalo nk buat baju raya sepesen, sama kaler ke hape, bek ko g carik skang.. kang x payah laa dok sebok kata x sempat kehape..

huhue!!

malasnyer laaa nk pi carikk.. tp biler pikir balik, tinggal bape bulan jek lg kan?

herrk?? baru bulan satu, dh sibuk pikir buat baju raye? kehkehkeh!

biasa laa.. mak saya itew mmg penasihat yg bestari.. ngahaha!!

tp, kat mana makcik nk tempah kali ni? slalunye beli dah siap.. x pon mak yg jahitkan..

la ni, trang tangtang itew makcik penasihat kata xmo jahitkan.. huhu!

Calling for along & sis Fyza!!! please tell me where u guys tempah baju kurung & baju melayu yg cantik menawan itew + harga skali ek..

hemm.. nk kaler ape plak taun neh ek.. pikir² dulu~~

hehehe!