Showing posts with label moms zone. Show all posts
Showing posts with label moms zone. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Kalo bersalin kat sini…

Salam.. heheh! Tengah menghitung hari neh.. whoops!! Bukan menghitung hari nk bersalin daa!! Hahha!! Tp menghitung hari untuk berhijrah ke tempat lain.. wee… lagi 1 minggu saja dong~~

okeh, next entry cite pasal ‘hijrah’ neh plak ek.. =]

berbalik pada tajuk entry kat atas neh, ni adalah berdasarkan pengalaman saya yg selalu menjadi cashier pada waktu lunch di restoran bos saya. Memandangkan opis sy neh bersebelahan dengan sebuah poliklinik bersalin yg sgt glemer sebab kos bersalin dia amat murah.

restoran yg sy selalu jadi cashier sederet ngn bangunan poliklinik, kerap kali laa jugak menerima order makanan dari bapa² baru untuk ibu² baru yang sudah bersalin sbb pusat bersalin yg glemer dan murah tu, sy di pahamkan mereka mmg tidak menyediakan pakej makanan untuk pesakit. Harap maklum okeh.. ye laa kan, kalo kita pas penat meneran bagai, konpem laa lapar kan? Kalo dah lapar, mestilaa nk makan kan? Heheh

restoran bos saya ni ada menjual nasi ayam dan nasi campur pada watu tengahari. Kalo belah pagi tu, ade laa nasi goreng, mee/mihun goreng suma. Kalo belah petang plak, ada masakan panas. Okeh, ni bukan promote ye.. hahah!

Kekadang rasa kesian gak kt bapa² baru neh, dorang mesti tanya, ada jual bubur nasi ke? makanan untuk org baru pas bersalin ad eke? Huhu!! Bang oii.. kami tidak ada pakej untuk wanita yg baru pas bersalin. Kalo lapar sgt, sila laa tapau nasi putih panas itu saje ye.. heheh.. kekadang sy bagi suggestion untuk amek nasi putih ngn sup nasi ayam.. plus air milo panas.

Teringat lagi masa sy baru lepas bersalin kan c betty sorang diri bersama doctor n jururawat² di hospital besar klang~~ time tuh pagi lagi.. x sempat nk bekspes bagai, dah nk terkeluar plak.. aihhh.. teran² suma. Selamat laa keluar. Tunggu sekejap untuk dorang siapkan baby, sambil tunggu doc tu offer secawan kecik air milo panas mcm sample kt supermarket tu laa ... Nikmat jek rasa macam x penah minum air milo. Hahah!

Bila dah kembali ke wad ngn baby, time ni baru rasa lapar giler.. jam lak baru kol 1130am. kene tunggu lak husband ngn family dating tengahari.huwaaa!! lapar yg amat.. time makan, dorang kasi nasi ngn lauk macam biasa.. ingt dapat laa bubur ke hape.. huhu! So, bila pak pecho sampai dgn kawan² dia (sempat lagi ajak kawan dtg tgk bini kt spital?? ) huu.., trus suh dia pi belikan bubur mekdi. Hahah!! Jadi menu pertama yg sy makan selepas bersalin adalah bubur mekdi dan air milo panas.. bole? Hahahha!!

Jadi, moral of the story, carik laaa tempat bersalin yg menyediakan pakej dgn makanan. Xde laa nnt suami² anda dgn muka blur meminta dan mengoder nasi untuk anda yg sedang lapar.. xpon, suh jek suami anda tuh pi beli bubur kt mekdi @ k-epci . senang.. x payah nk pening kepala.. dan pekerja di kedai² makan pon x pening kepala jugak.. heheh!

Sekian, mekasih..

Friday, July 9, 2010

Dah cuci hati anda?

Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.


Menurut Dr Fadzilah Kamsah, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita.


Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada.


Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.


Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yang paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.


Petua Dr. Fadzilah Kamsah - Mencuci Hati dengan Bacaan Selawat

Thursday, July 1, 2010

Pap Smear : Dah buat ke?


Pap Smear? ngeri ke ayat tuh? tak poonnn.. heheh!

Saya rasanya dah 3 kali buat pemeriksaan Pap Smear. Sekali di hospital klang, 2 kali di Klinik Desa Padang Jawa. Free of charge! heheh!

Ujian Pap Smear ini penting untuk mengetahui kesihatan servik/pangkal rahim kita. Ujian ini jugak hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Tanggal Spender-baring-rileks-kangkang-tarik napas dalam²-siap!

heheh!



image : google search

Artikel Pap Smear :

Sekian. =]

Thursday, June 24, 2010

Please have a seat.


image from google

Berita Harian

Jumaat, 22/01/2010


Duduk terlalu lama bahaya kesihatan

Kajian dapati amalan punca serangan jantung


LONDON: Saintis memberi amaran duduk untuk satu tempoh lama boleh membahayakan kesihatan walaupun bagi mereka yang selalu bersenam.


Penyelidikan menunjukkan mereka yang banyak menghabiskan masa dalam keadaan duduk, tidak kira di pejabat, sekolah, dalam kereta atau di depan komputer, besar kemungkinan mengalami kegemukan, menghadapi risiko serangan jantung atau jatuh mati.


Dalam satu lidah pengarang minggu ini dalam jurnal perubatan The British Journal of Sports Medicine, Elin Ekblom-Bak dari Fakulti Sains Sukan dan Kesihatan Sweden mencadangkan pihak berkuasa menyemak semula definisi aktiviti fizikal untuk menyerlahkan bahaya duduk terlalu lama.


Setakat ini pihak berkuasa kesihatan belum meletakkan had tempoh duduk bagi seseorang walaupun sudah mengeluarkan garis panduan yang mencadangkan aktiviti fizikal ketika duduk.


"Selepas empat jam duduk, badan kita akan menghantar isyarat yang tidak menyenangkan," kata Ekblom-Bak.


Beliau berkata, gen yang mengatur jumlah glukos dan lemak dalam badan akan mula berhenti bertindak jika seseorang duduk pada tempoh lama.


Pakar aktiviti fizikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tim Armstrong, berkata mereka yang bersenam setiap hari, tetapi banyak menghabiskan masa duduk mungkin tidak dapat manfaat aktiviti senaman mereka.


Satu kajian diterbitkan tahun lalu yang menjejaki tabiat 17,000 warga Kanada bagi tempoh 12 tahun, mendapati mereka yang duduk paling lama berdepan risiko kematian lebih tinggi, walaupun mereka kerap bersenam.


"Kita masih tidak mempunyai bukti cukup untuk menyatakan tempoh duduk yang boleh dikatakan membahayakan," kata Peter Katzmarzyk dari Pusat Penyelidikan Biomedikal Pennington di Baton Rouge, yang mengetuai kajian di Kanada berkenaan.


Perangkaan dalam kajian di AS pada 2003-2004 mendapati rakyat negara itu menghabiskan separuh daripada masa mereka duduk, sama ada ketika kerja atau memandu. - Agensi



***Jom melebarkan montot~~ ngeee

Wednesday, June 23, 2010

Sharing is caring

Selfish Children: How to Teach Them to Share (http://www.mamashealth.com)


The concept of sharing does not come easily to children especially when they are two or three years old. Children naturally come equip with the strong, built in “want” quality. Children do not want what they already have but it is instead the allure of having what other children have or what is forbidden and out of reach to them that is appealing. This is a very powerful force that drives children. Children also automatically have a strong sense of what is “mine” and in the beginning they think everything is theirs.


The concept of ownership is important to children and they feel threatened and confused when asked to share their toys with others. Immediately the possessiveness kicks into gear and they feel as if they have to defend what belongs to them.


There are ways that it is possible to encourage children to learn to share. Let’s take a closer look …


Rules of Sharing


  • If you want to play with another child’s toy, ask the other child first and don’t just grab it from them. When you take your children to visit someone else’s house teach them to not just take what they want but to ask first (except in cases where the toy is freely offered). In the same way exercise this exact same principle in your own home- teach your kids that other children must ask for permission to play with their toys. This goes a long way in allowing a child to feel more relaxed and self-assured.
  • If someone asks you if they can play with one of your toys do not say no but give a reason or explanation. If your child chooses not to share with someone then teach them to show respect by offering an explanation or better yet, suggesting an alternative option. For example, taking turns is an excellent alternative that often works well for children.
  • The golden rule is always worthwhile to teach children in regards to sharing. Do unto others as you would like them to do unto you. This helps make children mindful when another child asks them if they could play with one of their toys. This rule is also applicable when it comes to handling the toys of others with caring and respect.


These rules are not easy to learn but even the most selfish child will learn them if they are consistently encouraged by parents and other family members. Be aware as parents however that children learn more from example than they do from mere words so make sure that what you say to them and what they see you doing coincides with each other. Make sure to teach a policy of sharing to your children from a young age and once learned, this is a policy that they will carry on into their teenage years as well as into their adult life.

Sunday, April 11, 2010

Kanak-Kanak Berlebihan Berat Badan


Garis Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan

Pengenalan

Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan berlebihan?

  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
  • Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan berat badan yang sihat.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak dengan berat badan berlebihan?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan berat badan. Ini termasuk :

  1. Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi berat badan.
  2. Kurangnya aktiviti fizikal.
  3. Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor ini.
  4. Masalah kesihatan seperti kalenjar endokrin yang tidak sempurna memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor anda boleh melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah, sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab.

Bagaimana saya boleh membantu anak saya yang mengalami berat badan berlebihan?

  1. Berikan sokongan
    • Beritahu anak anda supaya jangan terlalu bimbang tentang berat badannya. Tanggapan ibu bapa terhadap anak-anak turut mempengaruhi perasaan mereka. Jadi, jika anda menerima berat badan anak anda, mereka lebih cenderung untuk rasa begitu terhadap diri sendiri.
    • Berbincang mengenai berat badan dengan anak-anak bagi menggalakkan mereka berkongsi masalah mereka. Anak anda mungkin lebih mengetahui mengenai masalahnya berbanding orang lain. Oleh itu, kanak-kanak seumpama ini memerlukan sokongan, dorongan daripada ibu bapa mereka.
  2. Perhatian keluarga
    • Ibu bapa harus menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa yang sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan keluarga secara beransur. Penglibatan keluarga dapat membantu menerapkan amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada anak yang berlebihan berat badan.
  3. Tingkatkan aktiviti fizikal keluarga
    • Aktiviti fizikal yang kerap beserta tabiat makan yang sihat adalah cara yang paling berkesan dan sihat untuk mengawal berat badan. Ia adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu bebanan tetapi ambil peluang untuk anda sekeluarga menjadi lebih aktif.
    • Berikut adalah beberapa cara mudah untuk meningkatkan aktiviti fizikal keluarga :
      • Jadikan diri anda sebagai contoh kepada anak anda. Jika anak anda lihat anda aktif secara fizikal dan seronok melakukannya, mereka juga cenderung untuk menjadi begitu dan sentiasa aktif sepanjang hayat.
      • Rancang aktiviti keluarga yang memberi peluang untuk senaman serta berseronok seperti berjalan, menari, berbasikal atau berenang. Contohnya, rancangkan aktiviti berjalan bersama keluarga sesudah makan malam berbanding menonton tv. Pastikan anda merancang aktiviti yang mampu dilakukan dalam persekitaran yang selamat.
      • Peka terhadap keperluan anak anda. Anak yang berlebihan berat badan mungkin tidak selesa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Adalah mustahak bagi membantu anak anda memilih aktiviti fizikal yang mereka gemari dan bukannya terlalu sukar atau mengaibkan.
      • Kurangkan masa anda dan keluarga anda dalam aktiviti-aktiviti yang kurang aktif seperti menonton tv atau bermain permainan video.
      • Jadi lebih aktif sepanjang hari dan galakkan keluarga anda untuk berbuat sedemikian. Contohnya, menaiki tangga berbanding menggunakan lif atau melakukan aktiviti semasa cuti seperti bangun dan regangkan badan atau berjalan-jalan.
  4. Terapkan tabiat pemakanan sihat ke dalam keluarga
    • Amalan pemakanan sihat yang diterapkan awal mampu membantu kanak-kanak memahami bahawa makanan harus digemari penting untuk kesihatan.
    • Tingkatkan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak dengan membaca atau berbincang dengan pakar kesihatan.
    • Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas. Ia juga merupakan panduan tentang kepentingan keseimbangan antara kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.
    • Beri anak anda pilihan makanan yang sihat.

Apakah cara untuk membantu anak saya yang berlebihan berat badan?

  1. Pengambilan yang dihadkan
    • Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.
    • Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
    • Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.
    • Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.
    • Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.

    Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan.

  2. Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati
    • Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik.
    • Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.
  3. Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan
    • Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.
  4. Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah
    • Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.
  5. Galakkan anak anda makan secara perlahan
    • Seorang kanak-kanak boleh merasa lapar dan kenyang apabila makan secara perlahan.
  6. Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh
    • Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.
  7. Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan
    • Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.
  8. Rancang waktu snek
    • Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.
    • Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.
  9. Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv
    • Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.
  10. Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda
    • Tidak memberi makan sebagai satu hukuman boleh menyebabkan kanak-kanak berasa risau yang dia tidak akan mendapat makanan secukupnya. Contohnya, dengan memberitahu kanak-kanak yang mereka akan mendapat sajian pencuci mulut jika mereka menghabiskan kesemua sayuran ialah memberi gambaran yang salah mengenai sayur-sayuran.
  11. Pastikan makanan yang dimakan di luar rumah adalah seimbang
    • Sediakan bekalan sekolah yang pelbagai pilihan
    • Pilih hidangan yang sihat dan berkhasiat ketika makan di restoran
  12. Tunjukkan teladan yang baik
    • Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk keluarga.
    • Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak-anak gaya hidup yang sihat yang mereka boleh contohi sepanjang hayat. Kanak-kanak belajar dengan lebih cepat dan baik melalui teladan.


Artikel dari : MyHEALTH Portal

** kene ambil tahu.. last check-up, hampir² overweight cikBetty neh.. risau mak~~ bila sumanya lebih, macam² bole jadi..

Thursday, February 11, 2010

Percubaan Pertama

akhirnya siap jugak..


ini adalah percubaan sahaja ye..



sowie boss.. x bleh blah nk tahan² jari jemari neh.. ade ke patut siapkan “masterpiece” kat opis.. hehe!!

harta karun .. ngeee~~


giler gigih angkut serpihan felt + rembat benang n jarum jahit mak ke opis.. tu yg gelembung dalam plastic tu, Fiberfill.. baru sampai pagi td.. hehehe!


sekian..

Friday, January 22, 2010

Say E.e.e.e.e.E.E. to Bottle

Salam Jumaat..


hehe! hari ni dengan rasminya genap laa 2 mggu Betty x pakai botol.. *tepuk²!

jenuh gak laa dalam 1 minggu pertama mendengar pekikkan meraung terlolong dia mengidam botol tetengah malam.. biasa laa.. dh tiap² malam asyik mengendeng botol kt mulut sejak xde P.U.T.I.N.G

memula tu, dia mcm pelik jugak.. bila mintak susu, dapat sippy cup.. bukan dpt botol.. siap tarik tangan mama/neneknye + tunjuk kt mana tempat botol tu.. haha! bila tunjuk botol dah xde, terus merajuk-meraung mengadap dinding. (cube bayangkan korang cakap ngn dinding camne...huhu! minah kenit ni sy ajar skali jek, kalo nk majuk ke hape, g cakap ngn dinding tu.. kekekke!)


tp bila Betty x pakai botol, isipadu susu yg diminum pon sudah kurang laaa.. huhu! kalo slalunye bagi Lactogen 3 (susu ni xde perisa ape pon.. x sedap), skang ni dah bagi Nespray 1 Madu (nk umpan pnya pasal). nasib laa nk minum walopon sikit jugak.. jangan susut sudah badan tembam itew..

dan semalam kami ke TESCO, lalu laa bahagian botol² susu suma.. bila sua kan botol susu yg org dah bukak plastik tu kt Betty, dia trus kata EeeeeEE kuat².... sambey tutup mulut.. huhu! Kami berdua (sy+pecho) tersenyum senang hati ---> Misi Berjaya! x sesia laa pekakkan telinga 2 minggu neh.. hehe!

pasni nk training xmo pampers plak.. lagipon dah nk pandai bercakap neh.. hehe! bersedia laa dengan bau hancing merata².. huhu!



Saya Risya, 1 tahun 11 bulan berjanji tidak mahu guna botol untuk minum susu lagi selepas ini. hehe!

Selamat Hari Minggu!

* insyaAllah ahad ni nk pi MBP 1st Anniversary @ Tasik Shah Alam. Jumpa disana okeh..

Monday, October 26, 2009

Got Boobies?

Bulan Kesedaran Barah Payudara

Jom membeli sambil menderma di AliceWonders.com

dan sebagai tanda sokongan, dapatkan Pink Ribbon anda di sini




Mengenali Barah Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).


Pengesanan Awal Boleh Menyelamatkan Nyawa!

Apa yang perlu anda ketahui…
  1. Lakukanlah pemeriksaan sendiri payudara (PSP) setiap bulan mulai usia 18 tahun.

  2. Pemeriksaan payudara tahunan oleh doktor anda selepas usia 40 tahun. (Untuk wanita berusia antara 20 ke 39 tahun, ini dilakukan setiap tiga tahun.)

  3. Pemeriksaan mamografi sekurang-kurangnya dua tahun sekali bagi wanita berusia 50-69 tahun. Walaubagaimanapun, wanita berusia antara 40-49 tahun harus juga melakukan pemeriksaan mamografi bila perlu.

  4. Tanya doktor anda bagaimana menentukan risiko anda terhadap kanser payudara.

  5. Jika anda mensyaki ada kelainan pada payudara anda, segeralah berjumpa doktor.

Anda harus bertanggung jawab ke atas kesihatan payudara anda sendiri!

Friday, June 26, 2009

Gigi owh Gigi

Selamat Hari Jumaat


Hari ni nak cite pasal gigi.. ngehehe

CikBetty mula tumbuh gigi masa umur dia 12bulan.. lambat betul.. nasib gigi bawah tumbuh dulu.. org tua² kata, kalo tumbuh gigi atas dulu, budak tu suka cakap besor.. ngaaa~~~ bukan kamek kata haaa..... =P

biasa laa kan.. kalo cepat berjalan (betty berlarik dr umur 10bln) mulut tu lmbt cket.. hemm, x brape nk paham ayat ni.. mungkin gigi n mungkin jugak lmbt bercakap.. tp sy assume gigi lmbt tumbuh laaa... nk kata lmbt bercakap, suma baby dh pandai bcakap 'babbaba' 'mamama' tp guna bhasa yg baby² sndri paham laa... ekekke!!

14bulan, gigi cikBetty baru nk tumbuh 3 btg.. memandangkan cikBetty suka isap puting kosong, sy mengambil langkah drastik utk stopkan suma tuh gara² ada 1 gigi kapak bwhnye tu tumbuh senget! aiyaiii... naseb laa makan masa sminggu jek nk stopkan puting kosong tu.. kalo tak.. pengsan makcik nk melayan amukan singanye tuh.. hahaha!

okeh, masa 15bulan, cikBetty ada 4 set gigi kapak belah bwh ngn atas dh tumbuh, pastu gigi kacip atas plak kiri kanan tumbuh..

baru² ni main tonggeng²kan cikBetty (cikBetty je yg tertonggeng, bukan maknye tau! =P)... nmpk 1 gigi geraham atas belah kiri dh tumbuh!! mak aihhh... taring pon lom kuar lagi! leh lak men lompat² tumbuh gigi tuh.. kalo baru nk tumbuh tu ok gak, ni dh kuar abis.. yg geraham belah kanan pon baru nk kuar.. patut laa suka mengonggong botol kehulu kehilir.. kiranya umur 16bulan dh ade geraham??!! yeaaaa~~ sorry! 1st time mother mmg over excited bab² cenggini.. ngahaha~~

tp satu tu je laaa.. baru nk blaja gosok gigi.. slalu bila mandi sesama, ajor gak kt cikBetty mcmana gosok gigi.. sbb umur mcm dia ni suka meniru ape yg org buat kan? hehehe.. ya ampunn.. sy bukan cikgu yg bagus utk cikBetty.. ekekeke!!

ok laa.. sbnrnye dr smlm lagi nk carik carta tumbuh gigi susu ni sbb penah tgk dulu sblm minah kenit ni tumbuh gigi.. x jumpa crik ler.. huhu!! tp xpe laaa.. cuma carta ni jek yg sy jumpa + betul² berkenan ---> carta tumbuh gigi

sekian, maceh...

Friday, June 5, 2009

Children's Hair Saloon Anyone??


Malaysia's First Children's Hair Saloon


@ Great Eastern Mall
New Outlet @ Solaris, Mont Kiara

service CMC ni mcm² ada.. (macam Astro plak.. =P)

Ekslusif utk kanak-kanak..

owh.. utk mama/papa/tok/nek suma pon bole juga tau..

Potong rambut bole.. ..

Spa also..

party anyone??

mmg cukup lengkap laa..

produk yang digunakan pun dr sumber semulajadi & organik.. sesuai laa utk budak² kan..

no chemicals pls.... =]

dibuka setiap hari dr 1030pagi - 8mlm.. boleh call dulu utk appointment..

owhoo.. terasa mcm saloon itu, saya yang pnya.. huhu!!!

me? waiting for new outlets near Shah Alam area..

harap² dalam masa terdekat ni laa yee Mummy Elyna.. *wink

Wednesday, June 3, 2009

we're Back!! (with cirit² =P)

Cirit Birit (Diarrhoea) (arkitel dr infosihat.gov.my)

Pengenalan
Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah Diarrhoea?
Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.

■Diarrhoea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
■Diarrhoea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.

Apakah penyebab diarrhoea?
Biasanya diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:
Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain

■Bakteria
■contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
■Virus
■contoh; Norwalk virus, Rotavirus
■Parasit
■contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica
Bukan sebab-sebab jangkitan

■Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
■Reaksi ubat-ubatan
■anti-biotik tertentu
■Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
■Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)

Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?
■Perut rasa memulas lebih kerap
■Cirit-birit
■Mual dan muntah-muntah
■Demam
■Hilang selera makan
■Sakit perut/kejang
■Kembung perut
Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.

Bagaimana mengenal dihidrasi?

Dihidrasi ringan dan sederhana
■Mulut dan lidah kering
■Bibir merekah
■Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis
■Gelisah
■Tidak kencing sehingga 4-6 jam
■Ubun-ubun kepala bayi tenggelam

Dihidrasi teruk (kronik)
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :

■Kulit kering dan berkedut
■Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
■Enggan makan
■Mata cengkung
■Sukar bernafas
■Nadi yang lemah dan cepat
■Tangan dan kaki terasa sangat sejuk

Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian?
Dapatkan rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :

■Tanda-tanda dihidrasi
■Darah pada najis atau najis bewarna hitam
■Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
■Hilang berat badan
■Mengantuk dan kelihatan lali
■Demam > 38 darjah selsius
■Enggan makan

Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?
■Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
■Jangkitan Sistemic (systemic infection)
■Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
■Rasa sakit disekeliling kawasan dubur

Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhoea?

Rehidrasi

Penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang.
Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS)
Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi

Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)

Umur bayi 6 bulan ke bawah
•30 hingga 90mls setiap jam
Umur 6 bulan hingga 1 tahun
•90 hingga 120mls setiap jam
Umur atas 1 tahun
•120 hingga 240 mls setiap jam

Fasa pemulihan
■Apabila keadaan anak bertambah baik teruskan dengan memberi ORS solution dan susu badan. Dengan perlahan tambahkan jumlahnya untuk mengembalikan selera anak tersebut.
■Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak itu mula pulih.
■Keadaan najis akan kembali normal selepas 7 hari menjalani diarrhoea.

Susu
■Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati
■Dapatkan nasihat doktor jika anda dapati susu formula yang anda berikan tidak sesuai untuk anak anda.

Perubatan
Perubatan untuk menghentikan Diarea-hendaklah dielakkan kerana :

■Tidak selamat untuk bayi dan anak
■Daya tahan melawan jangkitan akan terganggu

Anti-biotik
■Secara umumnya tidak perlu –dapatkan nasihat doktor
Krim-krim semasa

■Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.
Rawatan untuk Diarrhoea kronik

■Siasatan dan penilaian terperinci perlu dilakukan sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk kes-kes diarrhoea yang teruk

Bagaimana Diarrhoea boleh dicegah daripada kanak-kanak?
■Minum air yang dimasak
■Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.
■Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan, pergi ke tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.
■Buang lampin pakai buang dengan betul

huhu!!

cikBetty cirit birit lepas balik dr kg.. kes perut x tahan ler ni kot.. nasib ler meragam kt cni.. kalo kat kampung start meragam, xtau ler nk buat camno..

=D

kejap² protttttt.... prettttttt.... siap menonggeng segala.. aiyohhhh!!

Friday, May 29, 2009

Mari kongsi cacing (kecacingan)

salam.. hai puan² suma.. tuan² pon hade juge ke? hehehe.. baru² ni sy ade terpikir nk kasik ubat cacing pada cikBetty.

hemm.. x silap masa g check-up kt klinik aritu, ade gak tnya Misi bila masa yg sesuai nk kasi ubat cacing ni.. lgpon bile tgk perut cikBetty yg muncit itew, makin risau ler mamanye ini kan.. mana laa tau kot² cacing ke hape..

kata Misi tuh, perut muncit x semestinye hade cacing.. tu kuat mkn tuh.. hahaha!! hade ke patut kata cikBetty cenggitu.. hampes jek..

hasil rondaan sy, maka dpt gak laaa korek info kecacingan ini dari blog Dr. Azwan. Owh.. kalo nk tgk gambo cacing, sila² ler ke blog Dr.Azwan tu ye.. x brani nk letak pict! kang hade yg pinsan.. haha!!

Antara cacing² giler glamour di Msia

- Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..

- Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah

- Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus

- Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah
(bergantung kepada jenis cacing) :-
•Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
•Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
•Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
•Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
•Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
•Demam, ruam-ruam badan, alahan
•Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :-
1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing
1. Albendazole/mebendazole
Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

2. Pirantel Pamoate
Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

note : puan² yg penah kasik anak mkn ubat cacing, sila sharekan pengalaman anda yok! macehhh =P

Friday, May 22, 2009

Jom Gi Shopping!!

hiiyarghh!!

  • Tips Membeli Belah

    Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang selain dari yang disenaraikan.

    Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang disenaraikan.

    Jangan membawa wang yang jauh berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.

    Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan berincit-incit bagi mengelakkan kita ke kedai selalu.

    Keperluan hendaklah dibeli secukupnya. Pembeli berlebihan adalah membazir.

    Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.

    Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar dari senarai.

    Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.

    Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

    Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.

note : hahaha!! slalu tertinggal 1 - 2 barang sbb x buat list.. huhuhu!!






Thursday, April 16, 2009

its all about your children @ MamaFC.com

MamaFC.com

lagi tempat lepak/bertukar² kuih muih utk mama² di MamaFC.com

jumpa kt ShoutMix sape pnya blog ntah.. lupe ler.. =P

saye dh register smlm.. sonang jek..

tp a bit problem tang nk letak pict kt profile.. hishhh!!!

besor sgt gambo tu.. ekeke.. nnt ler kecikkan cket..

so, awak? xmo join ke? ekeke