Showing posts with label menu diet. Show all posts
Showing posts with label menu diet. Show all posts

Sunday, April 11, 2010

Kanak-Kanak Berlebihan Berat Badan


Garis Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan

Pengenalan

Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan berlebihan?

  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
  • Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan berat badan yang sihat.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak dengan berat badan berlebihan?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan berat badan. Ini termasuk :

  1. Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi berat badan.
  2. Kurangnya aktiviti fizikal.
  3. Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor ini.
  4. Masalah kesihatan seperti kalenjar endokrin yang tidak sempurna memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor anda boleh melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah, sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab.

Bagaimana saya boleh membantu anak saya yang mengalami berat badan berlebihan?

  1. Berikan sokongan
    • Beritahu anak anda supaya jangan terlalu bimbang tentang berat badannya. Tanggapan ibu bapa terhadap anak-anak turut mempengaruhi perasaan mereka. Jadi, jika anda menerima berat badan anak anda, mereka lebih cenderung untuk rasa begitu terhadap diri sendiri.
    • Berbincang mengenai berat badan dengan anak-anak bagi menggalakkan mereka berkongsi masalah mereka. Anak anda mungkin lebih mengetahui mengenai masalahnya berbanding orang lain. Oleh itu, kanak-kanak seumpama ini memerlukan sokongan, dorongan daripada ibu bapa mereka.
  2. Perhatian keluarga
    • Ibu bapa harus menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa yang sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan keluarga secara beransur. Penglibatan keluarga dapat membantu menerapkan amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada anak yang berlebihan berat badan.
  3. Tingkatkan aktiviti fizikal keluarga
    • Aktiviti fizikal yang kerap beserta tabiat makan yang sihat adalah cara yang paling berkesan dan sihat untuk mengawal berat badan. Ia adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu bebanan tetapi ambil peluang untuk anda sekeluarga menjadi lebih aktif.
    • Berikut adalah beberapa cara mudah untuk meningkatkan aktiviti fizikal keluarga :
      • Jadikan diri anda sebagai contoh kepada anak anda. Jika anak anda lihat anda aktif secara fizikal dan seronok melakukannya, mereka juga cenderung untuk menjadi begitu dan sentiasa aktif sepanjang hayat.
      • Rancang aktiviti keluarga yang memberi peluang untuk senaman serta berseronok seperti berjalan, menari, berbasikal atau berenang. Contohnya, rancangkan aktiviti berjalan bersama keluarga sesudah makan malam berbanding menonton tv. Pastikan anda merancang aktiviti yang mampu dilakukan dalam persekitaran yang selamat.
      • Peka terhadap keperluan anak anda. Anak yang berlebihan berat badan mungkin tidak selesa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Adalah mustahak bagi membantu anak anda memilih aktiviti fizikal yang mereka gemari dan bukannya terlalu sukar atau mengaibkan.
      • Kurangkan masa anda dan keluarga anda dalam aktiviti-aktiviti yang kurang aktif seperti menonton tv atau bermain permainan video.
      • Jadi lebih aktif sepanjang hari dan galakkan keluarga anda untuk berbuat sedemikian. Contohnya, menaiki tangga berbanding menggunakan lif atau melakukan aktiviti semasa cuti seperti bangun dan regangkan badan atau berjalan-jalan.
  4. Terapkan tabiat pemakanan sihat ke dalam keluarga
    • Amalan pemakanan sihat yang diterapkan awal mampu membantu kanak-kanak memahami bahawa makanan harus digemari penting untuk kesihatan.
    • Tingkatkan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak dengan membaca atau berbincang dengan pakar kesihatan.
    • Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas. Ia juga merupakan panduan tentang kepentingan keseimbangan antara kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.
    • Beri anak anda pilihan makanan yang sihat.

Apakah cara untuk membantu anak saya yang berlebihan berat badan?

  1. Pengambilan yang dihadkan
    • Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.
    • Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
    • Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.
    • Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.
    • Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.

    Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan.

  2. Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati
    • Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik.
    • Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.
  3. Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan
    • Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.
  4. Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah
    • Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.
  5. Galakkan anak anda makan secara perlahan
    • Seorang kanak-kanak boleh merasa lapar dan kenyang apabila makan secara perlahan.
  6. Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh
    • Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.
  7. Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan
    • Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.
  8. Rancang waktu snek
    • Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.
    • Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.
  9. Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv
    • Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.
  10. Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda
    • Tidak memberi makan sebagai satu hukuman boleh menyebabkan kanak-kanak berasa risau yang dia tidak akan mendapat makanan secukupnya. Contohnya, dengan memberitahu kanak-kanak yang mereka akan mendapat sajian pencuci mulut jika mereka menghabiskan kesemua sayuran ialah memberi gambaran yang salah mengenai sayur-sayuran.
  11. Pastikan makanan yang dimakan di luar rumah adalah seimbang
    • Sediakan bekalan sekolah yang pelbagai pilihan
    • Pilih hidangan yang sihat dan berkhasiat ketika makan di restoran
  12. Tunjukkan teladan yang baik
    • Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk keluarga.
    • Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak-anak gaya hidup yang sihat yang mereka boleh contohi sepanjang hayat. Kanak-kanak belajar dengan lebih cepat dan baik melalui teladan.


Artikel dari : MyHEALTH Portal

** kene ambil tahu.. last check-up, hampir² overweight cikBetty neh.. risau mak~~ bila sumanya lebih, macam² bole jadi..

Tuesday, March 31, 2009

Gemuk pendek umur??????

sape ade baca srt kabo kecik utusan Msia MODE pagi ni??


yeke Gemuk pendek umur?? huhu!!

pagi td sblm g kije, sempat gak terpandang kt tv..
MHI pagi ni pon ade cite pasal obesiti & ikat perut ke hape..
sorry.. x prasan topiknye ye.. hehe

perghh..

tgk segala alatan yg doktor pakar tu bwk..seremmmm
siap tunjuk cemane dorang ikat perut, stapler perut..
biar salur mkn tu kecik n slera mkn kurang..

alat ikat perut tu, siap bole adjust² lg..

paling seram tgk stapler doc tu laaa..

dia kata bukan mcm stapler biasa yg kita guna.. (itu gue tau laa..)
skali dia tunjuk, mak aihh... mcm mulut burung pon hade jgk..
siap bole pusing² lg tuh.. hahaha!!

malas ler nk kopipes kt cni..
nak baca, sila klik laa ye.. hehe

yg sempat sy dengar, dia kata kalo stakat BMI tu 40++,
baru dorang akan operate guna alatan tuh..

kalo stakat sikit² tu, x pyh laa nk operate..
cuma perlu ubah gaya dn cara pemakanan jek..

jadinye, sy kene ubah cara mkn laa ye?
huhu!! susah laaaaa weh!!!!

Friday, February 27, 2009

Diet oh Diet : Apa Jenis Darah Korang?

Artikel dari Yayasan Dakwah Islamiah
31 January 2008
Susunan NOORZIHAN MOHAMED YIN


LUMRAH bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet. Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.

Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi? Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.

Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.

Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’<---- Sy ler tuh!! =]

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

*pilih ler jenis darah korang ye.. nk ikut atau x, itu terpulang.. sy tarak kesah pnya woo.... =P

~~ sape tau kuih beras tu cemane ghupenye?? huhu!!