Showing posts with label klinik. Show all posts
Showing posts with label klinik. Show all posts

Saturday, June 21, 2014

Cian diaaa...


Dh lama xde new entry..terima laaaaa


Budak ni demam dh 3hari.monyok.bajet leh kurus bila x mkn.tergolek.kesiann... sempat 2 hari je g skolah.. hish..hish..



Gigi bwh dh goyang.xnk cabut.nenek tolak gigi.melalak.sorok gigi dlm tangan.kantoi gigi tanggal dgn paklong.. kesian, demam tp gigi lak tertanggal.. wawawa!


Kesian lg...mlm td kena amek darah.misi x reti cari urat.kena korek2 dgn jarum.melalak.ayah sakit hati tgk misi.mama lak steady.result, alhamdulillah bkn denggi,cuma jangkitan virus..


 Sekian, good morning n hv a nice weekend!


Monday, October 18, 2010

dia sudah panggil. .

Salam²!

sape panggil?

heheh! KKM panggil?

bukan panggil utk dtg bekerja laaa..

ni panggilan pulau utk pemeriksaan.

Periksa? nk periksa ape plak ek?

hahah! Pap Smear lorh..

Tahun ni belom buat lagi.. huhu!

ni dah 2nd notis di hantar ke rumah.

alahai.. malehnyer nk pi..

ada sesape mahu ganti tempat sy?

kui..kui..

Thursday, July 1, 2010

Pap Smear : Dah buat ke?


Pap Smear? ngeri ke ayat tuh? tak poonnn.. heheh!

Saya rasanya dah 3 kali buat pemeriksaan Pap Smear. Sekali di hospital klang, 2 kali di Klinik Desa Padang Jawa. Free of charge! heheh!

Ujian Pap Smear ini penting untuk mengetahui kesihatan servik/pangkal rahim kita. Ujian ini jugak hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Tanggal Spender-baring-rileks-kangkang-tarik napas dalam²-siap!

heheh!



image : google search

Artikel Pap Smear :

Sekian. =]

Sunday, April 11, 2010

Kanak-Kanak Berlebihan Berat Badan


Garis Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan

Pengenalan

Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan berlebihan?

  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
  • Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan berat badan yang sihat.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak dengan berat badan berlebihan?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan berat badan. Ini termasuk :

  1. Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi berat badan.
  2. Kurangnya aktiviti fizikal.
  3. Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor ini.
  4. Masalah kesihatan seperti kalenjar endokrin yang tidak sempurna memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor anda boleh melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah, sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab.

Bagaimana saya boleh membantu anak saya yang mengalami berat badan berlebihan?

  1. Berikan sokongan
    • Beritahu anak anda supaya jangan terlalu bimbang tentang berat badannya. Tanggapan ibu bapa terhadap anak-anak turut mempengaruhi perasaan mereka. Jadi, jika anda menerima berat badan anak anda, mereka lebih cenderung untuk rasa begitu terhadap diri sendiri.
    • Berbincang mengenai berat badan dengan anak-anak bagi menggalakkan mereka berkongsi masalah mereka. Anak anda mungkin lebih mengetahui mengenai masalahnya berbanding orang lain. Oleh itu, kanak-kanak seumpama ini memerlukan sokongan, dorongan daripada ibu bapa mereka.
  2. Perhatian keluarga
    • Ibu bapa harus menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa yang sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan keluarga secara beransur. Penglibatan keluarga dapat membantu menerapkan amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada anak yang berlebihan berat badan.
  3. Tingkatkan aktiviti fizikal keluarga
    • Aktiviti fizikal yang kerap beserta tabiat makan yang sihat adalah cara yang paling berkesan dan sihat untuk mengawal berat badan. Ia adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu bebanan tetapi ambil peluang untuk anda sekeluarga menjadi lebih aktif.
    • Berikut adalah beberapa cara mudah untuk meningkatkan aktiviti fizikal keluarga :
      • Jadikan diri anda sebagai contoh kepada anak anda. Jika anak anda lihat anda aktif secara fizikal dan seronok melakukannya, mereka juga cenderung untuk menjadi begitu dan sentiasa aktif sepanjang hayat.
      • Rancang aktiviti keluarga yang memberi peluang untuk senaman serta berseronok seperti berjalan, menari, berbasikal atau berenang. Contohnya, rancangkan aktiviti berjalan bersama keluarga sesudah makan malam berbanding menonton tv. Pastikan anda merancang aktiviti yang mampu dilakukan dalam persekitaran yang selamat.
      • Peka terhadap keperluan anak anda. Anak yang berlebihan berat badan mungkin tidak selesa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Adalah mustahak bagi membantu anak anda memilih aktiviti fizikal yang mereka gemari dan bukannya terlalu sukar atau mengaibkan.
      • Kurangkan masa anda dan keluarga anda dalam aktiviti-aktiviti yang kurang aktif seperti menonton tv atau bermain permainan video.
      • Jadi lebih aktif sepanjang hari dan galakkan keluarga anda untuk berbuat sedemikian. Contohnya, menaiki tangga berbanding menggunakan lif atau melakukan aktiviti semasa cuti seperti bangun dan regangkan badan atau berjalan-jalan.
  4. Terapkan tabiat pemakanan sihat ke dalam keluarga
    • Amalan pemakanan sihat yang diterapkan awal mampu membantu kanak-kanak memahami bahawa makanan harus digemari penting untuk kesihatan.
    • Tingkatkan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak dengan membaca atau berbincang dengan pakar kesihatan.
    • Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas. Ia juga merupakan panduan tentang kepentingan keseimbangan antara kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.
    • Beri anak anda pilihan makanan yang sihat.

Apakah cara untuk membantu anak saya yang berlebihan berat badan?

  1. Pengambilan yang dihadkan
    • Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.
    • Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
    • Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.
    • Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.
    • Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.

    Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan.

  2. Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati
    • Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik.
    • Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.
  3. Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan
    • Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.
  4. Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah
    • Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.
  5. Galakkan anak anda makan secara perlahan
    • Seorang kanak-kanak boleh merasa lapar dan kenyang apabila makan secara perlahan.
  6. Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh
    • Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.
  7. Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan
    • Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.
  8. Rancang waktu snek
    • Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.
    • Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.
  9. Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv
    • Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.
  10. Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda
    • Tidak memberi makan sebagai satu hukuman boleh menyebabkan kanak-kanak berasa risau yang dia tidak akan mendapat makanan secukupnya. Contohnya, dengan memberitahu kanak-kanak yang mereka akan mendapat sajian pencuci mulut jika mereka menghabiskan kesemua sayuran ialah memberi gambaran yang salah mengenai sayur-sayuran.
  11. Pastikan makanan yang dimakan di luar rumah adalah seimbang
    • Sediakan bekalan sekolah yang pelbagai pilihan
    • Pilih hidangan yang sihat dan berkhasiat ketika makan di restoran
  12. Tunjukkan teladan yang baik
    • Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk keluarga.
    • Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak-anak gaya hidup yang sihat yang mereka boleh contohi sepanjang hayat. Kanak-kanak belajar dengan lebih cepat dan baik melalui teladan.


Artikel dari : MyHEALTH Portal

** kene ambil tahu.. last check-up, hampir² overweight cikBetty neh.. risau mak~~ bila sumanya lebih, macam² bole jadi..

Friday, April 9, 2010

d.u.i.t O H s.y.i.l.i.n.g

Salam.. ini cerita bulan lepas.. hehe! (apsal tetibe rasa rajin nk update blog lak neh? *wink)

gambar selepas malam kejadian

okeh, meh sini nk cerita cemane kejadian ini bole berlaku. Malam rabu tu.. hemm, time Maghrib laa neh.. ayah & atuk masing² dok sibuk nk p solat lam bilik. dak betty ni pon nyibuk nk solat gak. neneknye plak tgh sibuk kt dapur, mamanye sibuk tgk tibi.. bole? hahah! kantoi di situ~~

pastu dak betty ni pon dok laa ulang alik dari dapur tayang duit syiling kt tangan dia.. tak tau mana dia kutip.. oke, tunjuk kt nenek.. ada 20sen, 10sen, 5sen (kata nenek). bila nk amek, dia lari lintang pukang macam Woody Woodpecker. x sempat nk ngejarnye.. pastu ditayang kt mamanye plak.. mama buat² x nmpk ler.. x kuasa nk layan.. (pemalas!) tp still nmpk duit tu kt tangan dia.

okeh, tetiba Betty Woodpecker neh tetiba jek datang dari dapur, trus baring kt depan macam biasa.. mamanye tgk jek laa dia baring tp sedikit musykil sbb duit tu dah xde kt tangan comel dia tu.. tetibe, huk!hak!huk!huk! (camtu ke bunyik tercekik?) huhu! lintang pukang g tangkap dia, trus korek² mulut. xde nmpk ape.. pastu tepuk² belakang dia.. x kuar gak.. yg kuar hanya muntah saje.. perasan gak mulut dia sedikit biru.. huuu!! dah cuak giler neh.. yg dia plak nangis dan terus menangis..

last² dia diam, pastu kata 'ok'. maknenye dia dah ok.. huuu!! tu jek ceritanye.. hahaha! x brape pelik tp benar okeh... sbb tu x bwk dia p spital malam tu jugak.. =]



thanks ek pada suma yg dok push g spital.. kalo ikut ati, nk tggu dulu.. tp disebabkan kerisauan yg melampau, ditambah pulak sikit² tepuk² dada kata sakit.. mmg melampau laa risau neh.. last² ari jumaat petang baru g klinik utk x-ray.. Allah jek laa yg tau betapa payahnyer nk suh minah kenit ni dok diam² masa nak x-ray.. siap kene panggil attendan sorang utk pegang tangan dia. hishhh.. owh.. hasilnya, mmg ade syiling, tp xtau bape sen sebab gamba x sharp. paham² jek laaa menggeletisnye cemane, gamba pon bergerak laaa..


doktor just bagitau yg syiling tu ade kt area usus da.. dah bergerak laa tu maknenye.. kira menunggu masa nk keluar jek.. perghh.. doktor pon kasi 1 ubat berak, sebenarnye ubat tu utk budak yg sembelit @ berak keras. hehe! sedap ubat tu.. ekekek! pastu, doktor tu pesan, kalo lepas ni tetiba x bleh nk berak, trus bawak g spital @ lepas ni berak cam biasa, tp x kluar gak duit tu, dtg balik utk x-ray.

tunggu pnya tunggu, ari isnin baru kuar duit tu.. yg ade, cuma seposen saje.. dah tukar kaler lain plak duitnye.. tp seposen jek ke? haah... seposen saje.. tp betty woodpecker kata ade nime lima lagi dalam perut dia.. huwaaaa!!! mama yg nangis nak oiii..

okeh, sempena arini ari jumaat, meh laa kita sesama memuhasabah diri.. (terutamanye saya!) jangan laa membiarkan anak anda yg seperti Woody Woodpecker tu bermain sorang diri walopon sekejap.. sila laaa beri dia kawan untuk teman bermain.. mueheheh!



kini sy dah x risau lagi.. alhamdulillah~~

Salam Jumaat! =]



Thursday, March 11, 2010

apooo?? Kudis Api??

salam..

2 malam lepas bawak Betty g Klinik Shah Alam.. huuu.. 1st time bawak dia ke sini.. ni pon gara² BARU dapat tau klinik ni beroperasi sampai malam.. weeeee~~ sy sgt suka okeh! leh jimat ongkos g klinik swasta.. heheh!

owh, kami penah gak laa datang cni.. 1st masa nk wat ujian HIV.. kan ke nk kawen dulu kene wat ujian neh.. =P , pastu skali lg masa diri sendri demam, kasi pergi sana laaa.. slaunye g Klinik Bukit Kuda, Klang tu.. bila dah malas sgt, g Sec.7 ni pnya pon okeh gak.. heheh..
 080320102415 
kami sampai dalam pukul 8pm. hehe! dah umah mak sy dekat ngn sek. 7 neh… bape menet jek amek masa nk sampai kan? jalan kaki pon boleyyy.. hahaha! jadinye x payah laa nk cepat² sgt.. betul x? =P

time kami smpai tu, ade laa 3-4 family yg dok menunggu giliran.. kejap jek laaa.. dalam masa kurang sejam dah bole balik..

080320102416


doktor x kata ape pon.. sbb sy dh cakap awal² mcm ade kesan melepuh + ada air dalam tuh.. (hehehe.. x crita pon kt doc tu, sy ade pecahkan gelembung air tu.. huhu!) owh.. mak sy kata tu namanya Kudis Api laa dol.. huhu!  jangkit ngn Qistina laa neh.. pergghhh… Qistina pnya lagi dasyat… memula kt kaki, pastu kat siku, kat mana² pon bole.. =P huhu.. x sure laa minah kenit lagi sorang tu dah okeh ke tidak.. dah ler ade asma.. kesian kan? =]

080320102413

so, doc cuma bagi krim sapu NEOSAFE ngn antibiotik pahit giler tu jek.. krim sapu tu nmpknye ade menunjukan perubahan.. antibiotik tu? haram di luek kan balik ubat tu.. tp mmg pahit giler dol.. x caye, meh dtg umah try ubat tu!

alhamdulillah laaa.. ehhh! belum leh tarik napas lega lg neh.. kene tggu lagi seminggu dua okeh.. risau gak.. sbb mende neh berjangkit.. jadi kene kuarantin dulu kt umah.. kalo bawak kuar pon, kene perhati bebetul minah kenit neh.. huhu!

okeh, itu saje.. jom berdoa makan bersama² biar anak² ini cepat sembuh.. aminn


Suka membaca?JOM dapatkan Al-Ustaz Versi Digital sekarang!Klik sini Baca Al-Ustaz Versi Digital


Tuesday, March 2, 2010

awak mam ape? … chingggg~~

salam..


minggu lepas bawak c betty g klinik.. check-up 2 taun..


berat terkini : 15.2kg


kejap jek dah besar.. wink***


ingtkan kene mam ubat cacing tu kt klinik..


rupanya bagi mam kt umah je daaaa…



nama ubat neh à suspension albendazole / pyrantel pamoate


ye.. isinya 10ml a.k.a 1 botol tu kene abiskan..


memula susah gak nk bagi.. siap bergaduh sakan!


lama².. (sendri kasi tengok laaaa~~)



hishh.. hishhh..


note : hasil mkn ubat cacing--> no cacing yg kluar dari dalam perut muncit itew.. huhu!


daaa~~

Thursday, January 21, 2010

Klinik Berhenti Merokok

Salam..


Kepada perokok² tegar, separa tegar, dan kadang² tegar.. sila laa pi daftar nama di mana² klinik berhenti merokok sekarang!


Hehe.. memandangkan harga rokok sekotak (20 batang) pon mungkin akan di naikkan menjadik RM50, elok benor laa kiranya berhenti sekarang ye.


Pagi tadi pon ade gak usulkan pada pak suami supaya berhenti + nak suh dia daftar nama kt klinik berhenti merokok. Huuu.. mak dah x tahan bau ghokok dah neh.. konon nak berhenti.. ni dari start belom kawen, pastu dah kawen, pastu start blom ade anak, laa ni dah ade anak, rokok jugak yg di cari + rindui selalu.. hampes betul.


Xde maknenye kalo berhenti merokok, badan jadi gumuk gedempol.. x isap ghokok pon gemuk jugak. Isap ghokok pon gemok.


Sebab tu laa org suh exercise.. biar stamina + kadar metabolisma membakar lelemak yg ade lam badan tuh. Nak harap rokok tu yg bakar lelemak dlm badan tu ke? Kang bukan lemak yg terbakar, bulu idung , misai, janggut ngan rambut² skali rentung.


Okeh.. ni Senarai Klinik Berhenti Merokok


Ngee~~

Wednesday, November 25, 2009

Betty & HFMD

Salam..

Ari ahad betty demam.. hemm bukan demam panas laa.. cuma dedar² jek.. tp sy sedikit cuak laa sbb minah tembam ni jarang demam.. tp bila skali demam, habis huru hara dibuatnya.. huhu! sy mula perasan suam² panas kt badan lepas mandikan dia petang ahad tu.. hemm.. tp biasa laa.. budak aktif.. mana nk tau dia sakit ke tidak kan?

malamnya dia macam x selesa.. cket² merengek.. aduhai.. sok nk kije lak.. mata ngantok dah neh.. pakpecHo lak kije malam.. giler ar.. yg c betty lak, kejap² nangis.. huu.. sabor je ler..

ari isnin, pepagi lg dh sergah klinik desa kt pdg jawa tuh.. mintak ubat demam.. (free dowh! penjimatan terhebat di waktu² ujung bulan~~).. xmo plak dia mkn ubat tu.. slalunye dia laa juara mkn ubat! huk! pastu petang lps balik kije, tgk kt montot, tangan, kaki, tapak kaki suma naik ruam².. aiyaa!! campak ke? nasib ade stok calamine lotion kt umah.. sapu jek laa kt dia kasi lega cket.. nasib dia x marah.. hehe!!

tp yg masalah besar sebenarnya, dia xmo makan.. hemm.. bukan xmo, tp x bole nk makan.. selera tuh ada.. tp tekak sakit.. asal nk telan/minum air, terus dia nangis.. katanya, 'nanak mama..'.. huu... kesian tgk dia.. kata nenek plak, masa nenek ngn atuk bawak Betty g jln² pastu singgah mkn kt kedai, Betty siap tutup mata bila Mamak tu anta makanan kt meja! auchhh.. maybe dia dh x sanggup nk tgk makanan.. ye laa.. nk makan, tp x bole.. kalo kita pon mcm tu jugak kan.. hemm..

pagi semalam pon, still mcm tu jugak.. risau gak.. takut² badan kurang air.. kang x pasal² kene tahan wad kt spital.. alahai.. makin kurang tembam laa anak omak neh.. =|

last² call mak kt umah, suh siapkan c Betty, suh pak pekpecHo amek dia bwk p jumpa doktor.. masa diorg smpai kt opis, pergghhh.. air liur minah tu asyik meleleh jek.. mmg tahap xleh nk tutup mulut dah tuh.. cakap pon xnk.. (ini serious!).. nasib paed ada ptg tu.. check pnya check, doc kata bukan campak.. ni jangkitan penyakit Kaki, Tangan & Mulut.. huuuu... ni mesti sbb slalu bwk g jln² kt taman men gelongsor.. tangan x cuci suma.. sbb tu laa kot.. nk kata dapat kt nursery, bila ke masanya laa c Betty ni dok nursery kan? hehe..

hemm.. utk ubat, cuma ade ubat titis kt tekak ngn krim utk sapu kt ulser.. doc pesan bagi minum air byk².. ngn bagi aiskrim / bende sejuk kt dia.. tunggu dlm 3 - 7 hari, insyaallah sembuh.. huu... bila anak sakit, suma kije x menjadi.. mood nk balik kg pon takde..

harap² minggu depan dia dah sihat semula! aminn..

*Mata sy dh macam panda.. huhu!

Penyakit Kaki, Tangan & Mulut

Definisi dan Penyebab


HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan
dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.
Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/

Tuesday, August 11, 2009

Satu Tahun Enam Bulan


Hai.. kata Mama, arini umur saya genap 1 tahun 6 bulan. Sekarang saya dah pakai pampers size XL.. hihihi!!

Sekarang saya dah pandai panggil nama Nenek, Baiyah! Baiyah!!.. terkejut Nenek bila saya jerit macam tu.. kihkihkih!.. tp Mama dengan Nenek asyik ajar saya sebut Atuk jek.. tau laa nanti saya nak sebut.. x sabar betul Mama dengan Nenek ni.. =P

Semalam saya makan Crab.. Nenek masakkan untuk saya.. pertama kali saya makan tau..selalu makan ayam dengan ikan je.. sedap.. bila makan malam, saya rebut makan dengan Mama.. hihi!! seronok jek.. tp mama kata saya kena gatal² sebab makan crab tu.. yeke? saya rasa ok jek..


ni laa ubat ruam yang Mama beli untuk saya.. last² Mama letak tepung ubi dekat ruam saya tu.. Ayah pelik kenapa Mama letak tepung tu pada saya.. boleh ke? Mama jawab laa tu cara tradisional.. Mama siap bagi ceramah dekat Ayah.. kikiki.. Mama dengan Ayah saya tu memang mcm tu.. terima kasih ye kt Auntie² suma.. =P

Kata Mama ari Khamis ni saya nak kene inject ngan Misi.. saya takut laaa.. Aritu Danish anak auntie Intan tu dah kene.. Auntie Intan kata kaki Danish x bole bergerak banyak lepas kene cucuk.. eeee.. takut laaa.. tp bila sepupu saya c Tina tu plak kene cucuk bulan lepas, ok jek kata pakLong saya.. jadi, Khamis ni turn saya plak.. takut laaaa Mama..

saya takut!

Yang Takut,
Betty

Wednesday, July 29, 2009

Help!! Ruam Lampin

Ruam lampin (nappy rash, napkin rash, diaper rash) ialah ruam-ruam merah di kawasan kemaluan dan punggung. Sebagaimana namanya, ia kerap berlaku pada kanak-kanak terutamanya bayi.

CONTACT DERMATITIS
Tanda-tanda
ruam merah, kulit mengelepuh, luka, bengkak

Penyebab
Ruam ini kebanyakannya terjadi pada bahagian yang terdedah seperti bahagian punggung. Ia tidak melibatkan kawasan lipatan anggota atau kedutan kulit.

Ia juga mungkin disebabkan oleh:
•Kulit terdedah air kencing atau najis dalam jangkamasa yang lama.
•Alahan terhadap bahan kimia dan lampin pakai buang.
•Alahan kepada bahan pencuci yang digunakan untuk membasuh lampin kain.

Rawatan
1.Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida.

2.Gunakan air suam untuk mencuci punggung bayi setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.

3.Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakan pengudaraan dan mengeringkan kulit bati.

4.Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat.

5.Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru bayi dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.

RUAM LAMPIN CANDIDA

•Jangkitan kulat pada kulit di kawasan lampin yang mungkin meliputi bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen.

•Disebabkan oleh organisma Candida albicans di mana ia hidup di kawasan panas dan basah.

•Ia muncul sebagai ruam yang berwarna merah lembab dengan bintil-bintil kecil berwarna putih atau kuning, dan dalam keadaan yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah.

•Ia mudah dibezakan daripada contact dermatitis jika ruam tersebut melibatkan lipatan-lipatan anggota badan.

•Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak anda berjumpa doktor kerana mungkin ia bersangkutan dengan jangkitan kulat.

Rawatan
Rawatan meliputi:
•Krim atau ubat sapu antikulat, seperti nystatin, disapukan pada kawasan ruam beberapa kali sehari.
•Keringkan kawasan yang dijangkiti.
•Sapukan krim antikulat diikuti dengan krim zink oksida

SEBORRHEIC DERMATITIS

Tanda-tanda dan simptom
•Disebabkan oleh pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kelenjar sebaceous.
•Ruam berwarna merah, bersisik dan berminyak.
•Dilihat sejurus selepas kelahiran di tempat-tempat yang mengandungi banyak kelenjar sebaceous iaitu kulit kepala (cradle cap), di belakang telinga, bawah lengan, di celah peha, dan di lipatan kaki.
•Kadang-kadang jika ruam sangat teruk, ia boleh mengeluarkan cecair.
•Jangkitan kuman boleh terjadi.
•Kemungkinan akan berlaku sisik-sisik di bahagian kening, muka dan kulit kepala.

Rawatan
•Krim steroid jika perlu boleh membantu keadaan ini.
•Kadang-kadang krim antikulat diperlukan jika ada jangkitan kulat.
•Minyak zaitun boleh melembutkan sisik-sisik dan kulit kepala dapat dirawat dengan penggunaan syampu.


Note : cikBetty asyik kene on off ruam jek.. dh beli byk ubat, lotion suma.. tp tu laa, ilang kejap, pastu jadi balik.. jumpa doc pon dh jugak.. di bg lagi ubat tahan gatal ngn calamine lotion.. kekadang bila cuaca panas sgt, ruam tu naik smpai kt belakang leher, belakang telinga suma.. yg x tahan tgk tu, time gatal laa.. kesian mintak bukak diapers.. byk toksin kot lam badan dia tuh.. kencing bisa agaknye.. nk kata diapers x sesuai, dh tukar lain.. still ade gak.. camno tu?? aduhh.. kene bwk jumpa bomoh pakar neh..

Thursday, July 16, 2009

R.O.N.G.A.K

sape ade gigi rongak? bukan time kecik² laa... ni haa.. time dh tua bangka skang ni.. hahaha!! sy mengaku sy ada 2 gigi yg sudah rosak.. 1 kt geraham bawah, 1 kt geraham atas.. =P elehh.. kalo senyum pon still menten okeh maa.. bukan nmpak pon.. ekekeke!!

sebenarnye ni kes gigi berlubang jek ni.. tp bila sakit, malas takut nk jumpa doc.. kehkeh!! tu yg biar lelama, trus laa tertanggal serpihan² gigi tu suma.. tau² dh rongak.. ngaa~~~

terus terang sy cakap, sy penah 2 kali jek jumpa doktor gigi.. hemm.. 3 kali laa kot.. ekeke!! 1st n 2nd jumpa doc masa skolah rendah.. =P pastu kali ketiga jumpa sbb teman pakpecHo g klinik jek.. =P

selalunye bila sakit gigi menyerang (wah ayat... serangggg!! =P), sy cuma telan ubat sakit gigi tu jek.. ala, yg ade jual 50sen sepeket kt kedai runcit tu.. kedai mamak pon hade.. hehe!! nama hape haa? Weng Heng kot.. lupe laa plak.. rasa sakit tu sekejap jek dh ilang.. whoaaa..

tp tu laa kan.. bila tgk gigi org lain cantik, kita pon nk jugak.. tp jumpa doktor xmau.. hahha!!

memandangkan sy ni gigi geraham jek yg rosak, bila tgk cemane rupenye cabut gigi geraham, makcik rasa takut nak... huhuhu!!! seramm meh...


(pic frm here : MyHealth Portal)

seram kan?? x seram? korang memang hebat!! yeaa~~

okeh, kalo cabut geraham, antara komplikasinye,bole demam + kesakitan berpanjangan.. huwaa~~~

Friday, May 8, 2009

Fresh! Please Refresh (F5)

lama x menaip..

sekarang musim panas! juga musim H1N1..

and musim peragut meragut ye!

kiri kanan depan blkang org kata panas..

biasalaa fenomena cuaca yg suka beralih arah..

hasilnye, ramai manusia yg tidak sihat..

sbb tu cara cakap pon bikin panas montot hati saje..

owh iye.. back to the topic.. ini blog saye okeh..

mcm kami ini ler.. memula ayah cikBetty.. dh kebah demamnye, nenek cikBetty pulak yg demam.. pastu jangkit kt mama cikBetty.. ni plak, cikBetty sendri yg demam.. hehehe

hasil pemerhatian ketika menghadiri kenduri tempohari, my MakAndak kata dorang 1 family pon demam sakit² badan.. my Makcik Mun juga.. suh mintak air penawar.. mungkin sbb 'ketegur'.. hemm.. iye la kot.. sblm ni tgn sblh rasa mcm kebas² n lenguh semacam.. my SIL pon kene sama.. tgk laa mcmana nnt.. nk jumpa pawang mana yg hebat?

nenek kata, takut laa ngah.. mak mana penah jumpa bomoh² ni..

well.. sy pon x penah okeh.. bidan tu penah ler.. huhu!

tp cuba pikir +ve.. mungkin sbb cuaca..

ujan kejap² jek.. mcm doc Siti kt Klinik Mediveron tu kata, Allah Maha Kaya.. Dia bagi hujan untuk tumbuhan² sahaja.. yg kita manusia ni, kene laa usaha sendiri.. betul tu doc.. dia suh minum byk air.. siap tunjuk bekas air yg dia bwk ke hulur ke hilir..

dpt ubat,dpt MC 1 ari.. bukan sesaje mintak MC okeh.. mmg x sihat dh 2 ari.. tp ku gagahi pergi kerja juga.. dgn hanya berbekalkan 2 biji Paracetamol pakpecho itew.. ku telan 1 biji 1 hari..

iye la.. nk minum air tu mmg ler harus, tp kekadang tu terlupa nk minum.. cuma ingat nk telan air liur jek.. kalo ade depan mata pon air itew, tp kalo dh malas tahap gaban, x guna juge.. (minum pon bole malas ke?)

okeh.. mood demam sudah baik skang ni.. cuma mood mengantok kene buli ngn cikBetty mlm td jek yg tinggal skang ni.. ade ke pepagi buta ajak nyanyi²..

one and two.. two and three.. three and one.. one and two.. i lap u..

terkekeh² gelak.. layan kan jek.. padahal ngantok yg amat..

kata nenek, agaknya dia demam sbb nk pandai bercakap tuh mama

agaknye laa.. sbb dia makin bising sekarang

khas utk korang, pict fresh cikBetty (baru kutip pagi tadi!)

Tuesday, April 28, 2009

lintang pukang~~ ngehehe

pagi td mangun pkl 530am (well, rutin harian kalo pakpecHo shift pagi).. patutnya 630am dh kuar umah.. tp pakpecHo kata x larat.. demam.. org tua ni kalo dh demam, mmg ala² demam penyu.. monyok jek.. siap menggigil 1 bdn.. bile check kt dahi suma, mmg panas.. alahai.. ponat ler makcik cengini.. xkan nk ponteng kije plak kan? hehehehe

pakse gak pakpecHo amek MC.. org tua tu mmg x suka amek MC.. rugi katanya.. abeh tu kalo dh demam mcm penyu bertelur, xkan nk pegi keje gak kan? mana yg penting? keje ke kesihatan? hemm!!! pkl 730am siap² mandi suma, cikbetty pon dh mangun, trus start keta gerak g umah mak. huu~~ dh lama x drive kt P.A ni.. pagi² lak tu.. seriau gak.. yelaa, xkan nk suh pakpecHo yg drive, ade yg ke longkang nnt.. mintak simpang laa..

sampai P.Jawa 830am, trus campak cikBetty.. pastu tukar tudung suma.. tudung xtra xde laa kt P.A tu.. huhu!! naseb ler baju kurung xtra suma dh standby kt sana.. kalo x, jenuh plak nk iron suma.. pastu bawak pak pecHo g klinik panel kt sek.15, amek ubat ngan MC.. aduhai.. lama bangat sih nk tunggu turn.. terpaksa laa msg to my akak seniorita inform pasal hal ni.. (maceh kak!! wink*).. weh intan, sorry beb, gua x cukup kredit laa nk reply ur msg.. haha!!

pas dh settle jumpa doc suma dlm 930am, g pusing balik ke sri muda - drop pak pecHo kt tmpt lepak dia tu.. xkan nk kasi keta kt dia kan? mana bole org demam drive.. nk anta balik ke P.A? mak aihhh.. agak² ler beb.. jauh tu... i'm running of time okeh..

kt roundabout srimuda tu.. eeeeee!!! bengang sungguh kt padayappa tu!! slamber badak dia jek nk masuk jln.. tu kan jln aku ngok! ko x blaja undang² ke? bg laluan kt org yg dlm roundabout tu ! sengal betul.. dh ler men masuk jek, bwk slow pulak tu! hampes!!! xpe.. naseb ler aku ni seorang yg kewl sepanjang masa..

sampai kt opis, parking plak xde.. nun kt blakang tu cari parking.. alahai.. jauh benor nk menapak arini.. xpe laa.. nama pon dugaan kan? mesti ade hikmah di sebalik kejadian.. hohoho!!!

tghari td calling² pakpecHo, dia kata dh kebah demamnye.. alahai laki ku itew.. jgn laa demam lelama.. petang ni balik, rasanya amek cikbetty kt p.jawa dulu, then baru amek pakpecHo kt srimuda.. hish.. byk betul keje arini.. bateri henpon plak weak.. charger plak tertinggal.. arghhhh!!!!! mencik!mencik!! mencik!!

Tuesday, April 14, 2009

not feeling well

again?? hemm..

aritu selesema.. dh baik selesema, demam plak kamu..

dari ari jumaat dh dedar² cenggitu..

dh bwk g klinik pon x ok..

masuk ubat ikot montot pon x jalan gak..

tghari smlm nenek call kata tempature naik 39 C,

last² ptg tu angkut gak kamu g klinik gomen kt bukit kuda nun..

ramai gak baby yg x sihat.. ade yg batuk smpai 3weeks x ok².. cian..

kan x pasal² kene cucuk tgn amek darah.. takut kene denggi jek..

alhamdulillah doc kato xdo apo.. demam biase..

nenek kata demam nk tumbuh gigi lagi..

tp mama kata demam rindu.. rindu kt sape??

rindu kat P.U.T.I.N.G... ngahahaha!!!

kalut laa smlm betty..

ingtkan sempat ler mama nk larik g PONEY tu..

x sampai ati lak nk tinggal kamu yg demam dkt nenek.. huhu!!

ingt nk pegi mlmnye.. alih² hujan plak mlm tu..

ayah pon kol 10pm baru nk balik..

last² kita tdo jek laa kt umah nenek ye..

pagi ni mama tgk kamu mcm sudah okeh..

siap bole berjoget zapin lg td kan..

tp kamu mmg pandai berlakon..

hesh.. betty..betty..

Monday, March 23, 2009

Abah cikJeeLa , Atuk cikBetty

cerita di pagi sabtu. . .
mak : laki ko x bwk keta g keje ke ngah?
angah : dia bwk keta abah.. nk test dulu..
mak : arini ayah tinggal keta ye risya?
risya : em.. emm.. yah.. yahh..
mak : nnt kita suh mama bawak g tasik ek?
risya : hee..hee.. hee.. (tepuk tangan)
abah : ngah, jom g klinik mata yg kt klang tu?
angah : klinik kok kt klang tu? bile?
mak : klinik tu bkk lambat kot, pkl 10 kang kita g laa
angah : wokeh, beres..

skali smpai kt Eye Specialist Centre Kok H.L...
berderet org menunggu.. hahaha!!!
kol 10am br bukak ye nenek? hahaha rasakan..
rupanya pkl 9am sudah open laa itu tempat..

sedang menunggu turn utk di panggil.. hehe

cik Betty di alam mimpi.. hiskh!!

lepas letak ubat, baru terserlah ke'katarak'kan mata abah..
ada 3 jenis ubat dititisnye.. pedih kata abah..
doktor kata urgently to do the laser operation 2morow. huhu!!
doktor kata x boleh nk tggu lama lg, sbb risiko tggi..
abah plak ade darah tinggi & kencing manis.. hemm
kos laser operation ni? rm2k++ utk buang selaput tu jek..

trus jek booking operation ari ahad 230pm.
call along suh tolong bawak abah..
naseb laa along baru balik o/s.. 1 week pusing 1 sngor katanya..
lama woo nk tggu.. utk letak ubat sblm operate jek mkn masa 3jam..
laser operation tuh 15min jek..
pak pecHo lak g kursus CIDB, 430pm baru balik..
jawabnye, sy dok berdua jek laa ngan cikBetty jaga rumah nenek.

cerita ari ahad plak. . .
5pm mak call, katanya abah dh siap operate.. tgh rest..
along n his wife n cikTina still x balik lg dr shopping..
sempat gak pesan kt mak, kalo along x sampai bgtau, nnt we ol dtg amek.
6pm mak call lagi, katanya ondaway balik. tp nk singgah mkn² kt sek.7.. nk join ker?
mestilaa nak kan? makan beb.. hahaha!!

pak paLix's yg perasan kuat nk dukung 2 bdk kenit itew..

pak pALix's kata x larat dh nk dukung.. ade yg termasuk lam longkang karang.. hahaha!!

semoga abah cepat sembuh.. chaiyookkk!!