Wednesday, November 25, 2009

Betty & HFMD

Salam..

Ari ahad betty demam.. hemm bukan demam panas laa.. cuma dedar² jek.. tp sy sedikit cuak laa sbb minah tembam ni jarang demam.. tp bila skali demam, habis huru hara dibuatnya.. huhu! sy mula perasan suam² panas kt badan lepas mandikan dia petang ahad tu.. hemm.. tp biasa laa.. budak aktif.. mana nk tau dia sakit ke tidak kan?

malamnya dia macam x selesa.. cket² merengek.. aduhai.. sok nk kije lak.. mata ngantok dah neh.. pakpecHo lak kije malam.. giler ar.. yg c betty lak, kejap² nangis.. huu.. sabor je ler..

ari isnin, pepagi lg dh sergah klinik desa kt pdg jawa tuh.. mintak ubat demam.. (free dowh! penjimatan terhebat di waktu² ujung bulan~~).. xmo plak dia mkn ubat tu.. slalunye dia laa juara mkn ubat! huk! pastu petang lps balik kije, tgk kt montot, tangan, kaki, tapak kaki suma naik ruam².. aiyaa!! campak ke? nasib ade stok calamine lotion kt umah.. sapu jek laa kt dia kasi lega cket.. nasib dia x marah.. hehe!!

tp yg masalah besar sebenarnya, dia xmo makan.. hemm.. bukan xmo, tp x bole nk makan.. selera tuh ada.. tp tekak sakit.. asal nk telan/minum air, terus dia nangis.. katanya, 'nanak mama..'.. huu... kesian tgk dia.. kata nenek plak, masa nenek ngn atuk bawak Betty g jln² pastu singgah mkn kt kedai, Betty siap tutup mata bila Mamak tu anta makanan kt meja! auchhh.. maybe dia dh x sanggup nk tgk makanan.. ye laa.. nk makan, tp x bole.. kalo kita pon mcm tu jugak kan.. hemm..

pagi semalam pon, still mcm tu jugak.. risau gak.. takut² badan kurang air.. kang x pasal² kene tahan wad kt spital.. alahai.. makin kurang tembam laa anak omak neh.. =|

last² call mak kt umah, suh siapkan c Betty, suh pak pekpecHo amek dia bwk p jumpa doktor.. masa diorg smpai kt opis, pergghhh.. air liur minah tu asyik meleleh jek.. mmg tahap xleh nk tutup mulut dah tuh.. cakap pon xnk.. (ini serious!).. nasib paed ada ptg tu.. check pnya check, doc kata bukan campak.. ni jangkitan penyakit Kaki, Tangan & Mulut.. huuuu... ni mesti sbb slalu bwk g jln² kt taman men gelongsor.. tangan x cuci suma.. sbb tu laa kot.. nk kata dapat kt nursery, bila ke masanya laa c Betty ni dok nursery kan? hehe..

hemm.. utk ubat, cuma ade ubat titis kt tekak ngn krim utk sapu kt ulser.. doc pesan bagi minum air byk².. ngn bagi aiskrim / bende sejuk kt dia.. tunggu dlm 3 - 7 hari, insyaallah sembuh.. huu... bila anak sakit, suma kije x menjadi.. mood nk balik kg pon takde..

harap² minggu depan dia dah sihat semula! aminn..

*Mata sy dh macam panda.. huhu!

Penyakit Kaki, Tangan & Mulut

Definisi dan Penyebab


HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan
dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.
Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/

3 comments:

ieda a.k.a mama erfan said...

sabar je la, ingatkan campak...takpe harap2 betty cepat sembuh.. hu pasni jaga kebersihan ye...

Lily@MamaZaraZareef said...

ala..siannya Betty. harap cpt sembuh k..now dh antar Zara ke nurseri. mmg risau psl isu2 penyakit berjangkit nih..mintak2 dijauhkanla..huhu

azilaraffie said...

mama erfan : okeh..

mama zara : owh.. zara dah duk nursery ek? hati² tau..