Monday, April 19, 2010

A to the E to the O to the N

salam..

sape penah buat loan atau beli barang thru AEON? sila angkat jari! heheh

sy pon penah buat loan AEON juge.. taun hemm.. tengah taun 2007 kalo x silap.. alaa.. amek set sofa murah jek.. hehe! beli kt Kedai Perabot Kg. Melayu Subang tu.. masa tu harga dalam 7rat laa.. mana mampu time tuh nk bayor cash.. tp tingin pnya pasal + kat umah xdo krusi, amek ler jugak dengan kemudahan bayaran ansuran AEON.. tolak teranjang suma, rega 7rat tuh, jadi 1riban lebey.. huhu!

biasa laa kan, nama pon bayor ansuran.. amek lak setaun.. interest pon sodap laa dia cekik.. hehe! AEON neh satu jek, ko kalo dah buat account ngn dia, sila bayor ontime ye.. kalo x, dia akan call 58 kali sehari.. hehe!! dann, make sure bayaran tuh mencukupi mengikut jumlah yg perlu dibayar.. kurang sehinggit pon dorang berkira tau.. wehh... kalo org ade hutang ngn korang pon, korang tentu mengira-inye kan? =P

owh, hutang sy dengan AEON pon dah lama tamat.. rasanya xmo lagi dah berhutang ngn aeon neh.. kami somi istri telah 'menyetting' dalam pala otak supaya sila simpan duet kalo nk beli barang yg diidamkan.. heheh!! yolahh tu kan? haahhaa!

sekarang ni, opis sy sangat boring dgn panggilan customer service (CS) aeon yg ingin me'remind' dan mengutip hutang dari penghutang² kt opis neh.. heheh!! kekadang kitaorg leh trace number 'PRIVATE' Aeon tu, rasa malas jek nk jawab.. ye laa, bila dah x dpt call henpon, di tepon laa plak opis penghutang tuh.. kekadang CS aeon neh siap mengadu domba yg kedegilan sipolan neh yg xmo bayar hutang dorang tuh.. kalo ngadu cakap biasa² tu bole gak laa melayan kalo xde kije.. ni siap marah² macam kitaorg plak yg berhutang ngn dorang.. gilo ko apo??

ehhh.. x baik tau.. kitaorg dh tolong menyampai kan pesan pada si penghutang tu pon, dah kira cukup baik ye.. terpulang laa pada penghutang tuh nak call balik ke tidak.. kalo korang ngadu ngn kitaorg neh pon, bukan leh buat ape.. kitaorg pon byk gak kije lain nk buat tau.. nasib ler kt meja sy neh xde tepon.. kalo x, jenuh ler nk tolong jawab call bagai..

woitt... jgn terasa ati ye.. cuma melepaskan kentut rasa hati jek..

okeh, nak pi sambung 'study' jap.. muehehe!!

Thursday, April 15, 2010

Lompat si katak Lompat

Salam..

Penah x korang apply kije tempat lain, pastu kene panggil intebiu? mesti laa penah kan? kalo x, xkan laa korang dapat kije kt tempat skang ni kan? heheh!

hemm.. soklan biasa ditanya, brape lama dah kije kt kampeni XYZ ni? atau pon, owhh.. byk pengalaman awak ye.. kampeni ABC dah 5taun, kampeni KLM 2 taun, kampeni GH setaun.. yg kita pon sengih² jek laa kan.. konpiden level tinggi tuh.. ekeke! kalo sy byk pengalaman pon sy akan sengih lelebar.. =]

tp kekadang tukang intebiu tu suka trick... xpon suka pikir macam² kalo kita slalu tukar @ lompat² keje.. mesti dia pikir kan, kenapa Puan Palon neh kije kejap² jek kt kampeni neh ek? kampeni bermasalah ke? atau Puan Palon ni yg bermasalah mental? hehehe!!

huu.. x reti nk jawab ler.. sbb sy sendiri x byk pengalaman kije.. ye laa kan, sebelum ni sy kije kt kedai, pas kawin 6 bln, trus jek kije kt tmpat skang neh.. kot² ke korang yg byk pengalaman kije leh story mori cket camne nk jawab? hehehe!


image from Google.com

sekian...

Sunday, April 11, 2010

Kanak-Kanak Berlebihan Berat Badan


Garis Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak Berlebihan Berat Badan

Pengenalan

Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan berlebihan?

  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
  • Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan berat badan yang sihat.

Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak dengan berat badan berlebihan?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan berat badan. Ini termasuk :

  1. Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi berat badan.
  2. Kurangnya aktiviti fizikal.
  3. Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor ini.
  4. Masalah kesihatan seperti kalenjar endokrin yang tidak sempurna memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor anda boleh melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah, sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab.

Bagaimana saya boleh membantu anak saya yang mengalami berat badan berlebihan?

  1. Berikan sokongan
    • Beritahu anak anda supaya jangan terlalu bimbang tentang berat badannya. Tanggapan ibu bapa terhadap anak-anak turut mempengaruhi perasaan mereka. Jadi, jika anda menerima berat badan anak anda, mereka lebih cenderung untuk rasa begitu terhadap diri sendiri.
    • Berbincang mengenai berat badan dengan anak-anak bagi menggalakkan mereka berkongsi masalah mereka. Anak anda mungkin lebih mengetahui mengenai masalahnya berbanding orang lain. Oleh itu, kanak-kanak seumpama ini memerlukan sokongan, dorongan daripada ibu bapa mereka.
  2. Perhatian keluarga
    • Ibu bapa harus menerima anak mereka seadanya, tetapi pada masa yang sama cuba mengubah aktiviti fizikal serta tabiat pemakanan keluarga secara beransur. Penglibatan keluarga dapat membantu menerapkan amalan sihat kepada semua tanpa memberi tumpuan kepada anak yang berlebihan berat badan.
  3. Tingkatkan aktiviti fizikal keluarga
    • Aktiviti fizikal yang kerap beserta tabiat makan yang sihat adalah cara yang paling berkesan dan sihat untuk mengawal berat badan. Ia adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup yang sihat. Ia bukan bertujuan untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai satu bebanan tetapi ambil peluang untuk anda sekeluarga menjadi lebih aktif.
    • Berikut adalah beberapa cara mudah untuk meningkatkan aktiviti fizikal keluarga :
      • Jadikan diri anda sebagai contoh kepada anak anda. Jika anak anda lihat anda aktif secara fizikal dan seronok melakukannya, mereka juga cenderung untuk menjadi begitu dan sentiasa aktif sepanjang hayat.
      • Rancang aktiviti keluarga yang memberi peluang untuk senaman serta berseronok seperti berjalan, menari, berbasikal atau berenang. Contohnya, rancangkan aktiviti berjalan bersama keluarga sesudah makan malam berbanding menonton tv. Pastikan anda merancang aktiviti yang mampu dilakukan dalam persekitaran yang selamat.
      • Peka terhadap keperluan anak anda. Anak yang berlebihan berat badan mungkin tidak selesa melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti. Adalah mustahak bagi membantu anak anda memilih aktiviti fizikal yang mereka gemari dan bukannya terlalu sukar atau mengaibkan.
      • Kurangkan masa anda dan keluarga anda dalam aktiviti-aktiviti yang kurang aktif seperti menonton tv atau bermain permainan video.
      • Jadi lebih aktif sepanjang hari dan galakkan keluarga anda untuk berbuat sedemikian. Contohnya, menaiki tangga berbanding menggunakan lif atau melakukan aktiviti semasa cuti seperti bangun dan regangkan badan atau berjalan-jalan.
  4. Terapkan tabiat pemakanan sihat ke dalam keluarga
    • Amalan pemakanan sihat yang diterapkan awal mampu membantu kanak-kanak memahami bahawa makanan harus digemari penting untuk kesihatan.
    • Tingkatkan pengetahuan mengenai pemakanan untuk kanak-kanak dengan membaca atau berbincang dengan pakar kesihatan.
    • Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas. Ia juga merupakan panduan tentang kepentingan keseimbangan antara kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.
    • Beri anak anda pilihan makanan yang sihat.

Apakah cara untuk membantu anak saya yang berlebihan berat badan?

  1. Pengambilan yang dihadkan
    • Kanak-kanak tidak patut dihadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan atas penyeliaan pegawai perubatan. Adalah berbahaya sekiranya pemakanan mereka dihadkan kerana ia mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran mereka.
    • Bagi menyokong tumbesaran yang baik dan mencegah berlebihan berat badan, pertambahan berat badan, ibu bapa harus memberi sumber makanan yang pelbagai berdasarkan kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia.
    • Sebahagian besar makanan dalam diet harian anda harus datang daripada kumpulan bijirin.
    • Kumpulan susu serta daging dan kacang panjang harus diambil dengan sederhana.
    • Makanan yang tinggi lemak dan gula harus diambil dengan sedikit.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak berumur kurang dari 2 tahun.

    Berbincang dengan pakar pemakanan sekiranya anda kurang pasti tentang cara untuk memilih dan menyediakan pelbagai makanan untuk keluarga, berbincang dengan pakar pemakanan.

  2. Kurangkan jumlah lemak di dalam diet keluarga dengan berhati-hati
    • Mengurangkan lemak adalah cara yang baik bagi mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain. Cara mudah untuk mengurangkan lemak di dalam diet keluarga anda termasuklah menghadkan makanan atau hidangan bergoreng, menyediakan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak di dalam hidangan. Bijirin dan roti rendah atau tanpa lemak juga adalah pilihan yang baik.
    • Lakukan perubahan kecil dalam jumlah lemak dalam diet keluarga. Walau bagaimanapun perubahan yang besar harus di bawah penyeliaan pakar pemakanan.
    • Lemak tidak harus dihadkan dalam diet kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun. Dari umur 2 tahun sehingga 5 tahun, kanak-kanak harus mengamalkan diet yang mengandungi tidak lebih 30 peratus kalori daripada lemak.
  3. Jangan terlalu menghadkan gula-gula atau manisan
    • Makanan yang mengandungi lemak, garam dan gula harus dimakan dengan sederhana.
  4. Bantu keluarga membuat pilihan makanan dan bukan mengarah
    • Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat.
  5. Galakkan anak anda makan secara perlahan
    • Seorang kanak-kanak boleh merasa lapar dan kenyang apabila makan secara perlahan.
  6. Makan bersama keluarga seberapa kerap yang boleh
    • Jadikan waktu makan masa yang seronok dengan berbual dan saling berkongsi, bukannya masa untuk berbalah. Jika waktu makan tidak disenangi, anak-anak akan makan dengan cepat untuk beredar secepat mungkin. Mereka akan kaitkan waktu makan dengan tekanan.
  7. Libatkan anak-anak ketika membeli dan menyediakan makanan
    • Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini, ibu bapa dapat mengetahui makanan kegemaran anak-anak, mengajar tentang pemakanan dan membuat mereka rasa berjaya. Tambahan pula, anak-anak lebih suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.
  8. Rancang waktu snek
    • Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun snek yang berjadual boleh dijadikan sebahagian daripada diet yang berkhasiat tanpa mengganggu selera makan anak.
    • Sediakan snek yang berkhasiat tanpa menghadkan snek seperti kentang goreng atau biskut sekali sekala terutamanya di parti-parti atau aktiviti sosial lain.
  9. Tidak menggalakkan makan snek ketika menonton tv
    • Sukar untuk berasa kenyang jika makan sambil menonton tv. Ini boleh menyebabkan makanan secara berlebihan.
  10. Jangan jadikan makanan sebagai hukuman atau ganjaran kepada anak anda
    • Tidak memberi makan sebagai satu hukuman boleh menyebabkan kanak-kanak berasa risau yang dia tidak akan mendapat makanan secukupnya. Contohnya, dengan memberitahu kanak-kanak yang mereka akan mendapat sajian pencuci mulut jika mereka menghabiskan kesemua sayuran ialah memberi gambaran yang salah mengenai sayur-sayuran.
  11. Pastikan makanan yang dimakan di luar rumah adalah seimbang
    • Sediakan bekalan sekolah yang pelbagai pilihan
    • Pilih hidangan yang sihat dan berkhasiat ketika makan di restoran
  12. Tunjukkan teladan yang baik
    • Tunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk keluarga.
    • Dengan menjadi lebih aktif dapat mengajar anak-anak gaya hidup yang sihat yang mereka boleh contohi sepanjang hayat. Kanak-kanak belajar dengan lebih cepat dan baik melalui teladan.


Artikel dari : MyHEALTH Portal

** kene ambil tahu.. last check-up, hampir² overweight cikBetty neh.. risau mak~~ bila sumanya lebih, macam² bole jadi..

Friday, April 9, 2010

d.u.i.t O H s.y.i.l.i.n.g

Salam.. ini cerita bulan lepas.. hehe! (apsal tetibe rasa rajin nk update blog lak neh? *wink)

gambar selepas malam kejadian

okeh, meh sini nk cerita cemane kejadian ini bole berlaku. Malam rabu tu.. hemm, time Maghrib laa neh.. ayah & atuk masing² dok sibuk nk p solat lam bilik. dak betty ni pon nyibuk nk solat gak. neneknye plak tgh sibuk kt dapur, mamanye sibuk tgk tibi.. bole? hahah! kantoi di situ~~

pastu dak betty ni pon dok laa ulang alik dari dapur tayang duit syiling kt tangan dia.. tak tau mana dia kutip.. oke, tunjuk kt nenek.. ada 20sen, 10sen, 5sen (kata nenek). bila nk amek, dia lari lintang pukang macam Woody Woodpecker. x sempat nk ngejarnye.. pastu ditayang kt mamanye plak.. mama buat² x nmpk ler.. x kuasa nk layan.. (pemalas!) tp still nmpk duit tu kt tangan dia.

okeh, tetiba Betty Woodpecker neh tetiba jek datang dari dapur, trus baring kt depan macam biasa.. mamanye tgk jek laa dia baring tp sedikit musykil sbb duit tu dah xde kt tangan comel dia tu.. tetibe, huk!hak!huk!huk! (camtu ke bunyik tercekik?) huhu! lintang pukang g tangkap dia, trus korek² mulut. xde nmpk ape.. pastu tepuk² belakang dia.. x kuar gak.. yg kuar hanya muntah saje.. perasan gak mulut dia sedikit biru.. huuu!! dah cuak giler neh.. yg dia plak nangis dan terus menangis..

last² dia diam, pastu kata 'ok'. maknenye dia dah ok.. huuu!! tu jek ceritanye.. hahaha! x brape pelik tp benar okeh... sbb tu x bwk dia p spital malam tu jugak.. =]



thanks ek pada suma yg dok push g spital.. kalo ikut ati, nk tggu dulu.. tp disebabkan kerisauan yg melampau, ditambah pulak sikit² tepuk² dada kata sakit.. mmg melampau laa risau neh.. last² ari jumaat petang baru g klinik utk x-ray.. Allah jek laa yg tau betapa payahnyer nk suh minah kenit ni dok diam² masa nak x-ray.. siap kene panggil attendan sorang utk pegang tangan dia. hishhh.. owh.. hasilnya, mmg ade syiling, tp xtau bape sen sebab gamba x sharp. paham² jek laaa menggeletisnye cemane, gamba pon bergerak laaa..


doktor just bagitau yg syiling tu ade kt area usus da.. dah bergerak laa tu maknenye.. kira menunggu masa nk keluar jek.. perghh.. doktor pon kasi 1 ubat berak, sebenarnye ubat tu utk budak yg sembelit @ berak keras. hehe! sedap ubat tu.. ekekek! pastu, doktor tu pesan, kalo lepas ni tetiba x bleh nk berak, trus bawak g spital @ lepas ni berak cam biasa, tp x kluar gak duit tu, dtg balik utk x-ray.

tunggu pnya tunggu, ari isnin baru kuar duit tu.. yg ade, cuma seposen saje.. dah tukar kaler lain plak duitnye.. tp seposen jek ke? haah... seposen saje.. tp betty woodpecker kata ade nime lima lagi dalam perut dia.. huwaaaa!!! mama yg nangis nak oiii..

okeh, sempena arini ari jumaat, meh laa kita sesama memuhasabah diri.. (terutamanye saya!) jangan laa membiarkan anak anda yg seperti Woody Woodpecker tu bermain sorang diri walopon sekejap.. sila laaa beri dia kawan untuk teman bermain.. mueheheh!



kini sy dah x risau lagi.. alhamdulillah~~

Salam Jumaat! =]



Wednesday, April 7, 2010

mama dari masa hadapan

::Nota dari mama masa hadapan::


kami adalah mama yang bestari

datang dari masa hadapan


kami berjanji akan menjaga anak² kami supaya comel seperti kami jugak


kami akan pastikan anak² kami dibelai & dimanja


dan akan sentiasa menyayangi datuk dan moyangnyer..

muehehe!

.
.
.

okeh, dahhh... pi buat kije! =P

Monday, April 5, 2010

BettyRisya & BoBo

Hai auntie²!

Arini saya bangun pagi²..

sebab nk ikut mama & nenek pegi pasar borong.

hehe!


masa ni saya sedang tunggu order sarapan pagi..

mama suruh saya senyum..

tp saya malas, saya buat senyum macam ni saje..

heheh!

lepas balik dari pasar, mama kata nak mandikan BoBo² saya..

mama kata BoBo suma dah busuk sebab dah lama tak mandi.


saya tolong mama masukkan suma BoBo saya dalam mesin basuh..

saya tengok mama masukkan sabun dalam mesin.


tp saya sedih..

saya takut.. sebab nanti BoBo saya suma mati kelemasan..

mama sangat kejam!

saya benci mama!


saya sedihhhh! huwaaaa~~~~ ayahhhhhhhhhhhhhh


sekian.

yang sedih,

Batrisyia

Friday, April 2, 2010

You are beautiful

You are beautiful no matter what they say
Words can't bring you down
you are beautiful in every single way
Yes, words can't bring you down
don't you bring me down today...


Ngehehe! Dan dan jek nyanyi lagu Christina Aguilera.. muahahha! Gumbira sangat sebab dah lama x dapat award.. heheh!


Okeh.. stop gelak & sengih lebar²~~


Here are the rules to accept the award :


1. Thank & link the person that gave you the award.

~ mekaseh bebanyak kepada kak Fid yg bersusah payah meng'osom' blog saye.. huhu! I lebiu kak!


2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think is fantastic:


Hemmm~~ sape ek? Okeh… award diberikan kepada pemunya² blog neh~~


  1. http://yuitsumuni.com
  2. http://mamacumil.blogspot.com
  3. http://hajazuera.blogspot.com
  4. http://sweetdarling79.com
  5. http://thesnowwybear.blogspot.com
  6. http://azzamoro.blogspot.com
  7. http://zaranfamily.blogspot.com
  8. http://damiaqish.blogspot.com
  9. http://coretanummi.blogspot.com
  10. http://szsh.blogspot.com
  11. http://beautifuldisaster-azryn.blogspot.com
  12. http://nazreenlove.blogspot.com
  13. http://aneka4all.blogspot.com
  14. http://yanadzul.blogspot.com
  15. Semua pon bole.. ngeee~~


***hekk.. ade yg dh dapat award neh kan? Bole kannn?? =]


Hehh! Penat.. baru 1st stage tuh.. huhu!


3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

Okeh.. jap lagi


4. State 7 things about yourself. Well, here are 7 things about myself..

Perlukah? Huhu!

Nomot 1 : arini sy pakai baju kurung kaler gold.. hehe

Nomot 2 : baru tadi opismate sy promote pil 3in1 yg dia beli kt uptown.. (pasni nk p beli gak~~)

Nomot 3: sy sakit perut malam td.. x bole nk tido lena. Huh!

Nomot 4 : dah dekat seminggu dok berkira² nk update blog, tp x terupdate gak.. heheh!

Nomot 5 : sy baru dapat gaji semalam.. ngahaha!!

Nomot 6 : minggu lepas blaja wat coklat chip cookies.. sedap weh.. x tipu neh.. (leh buat bisnes pas neh!)

Nomot 7 : sy bahagia ngn kehidupan sy sekeluarga sekarang~~ =]


Okeh.. itu saje.. mekaseh..


Selamat hari jumaat~~


**jap lagi ade lunch date ngn jajazuzu =P