Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Thursday, April 20, 2017

Terengganu Darul Iman

Roadtrip seterusnya kita ke Terengganu! Yeaaa!

Hahah! Gaya mcm x penah pegi Tganu pulak.. poyo jek! Kahkah!

Kali ni lain sikit.. sbb tu seronok lain maciamm gitu sbb mak ikut sekali. Abah tinggal jaga umah. Huhu!

So, rutin tiap kali balik ganu, mesti laa acara makan2..
Mcm biasa.. nenek da ready checklist dia dah.. haha! Dan menu I.C.T. ada dlm liat dia da.. hahaha lagi sekali!



Okeh, selalu kami menumpang umah moksu.. tapi trip balik kampung kali ni kami menumpang chalet Anees pulak..connecting room ye puan2.. leh main cak cak gitu. Haihh! Last sewa chalet sambung2 ni masa kenduri sambut menantu - weols - 12 tahun yg lepas.. huhu!



Petang2  kita g main pantai.. syiokkk! Tapi ingt tauu.. kena hati2 sbb ni laut china selatan.. x sama dgn pantai barat.. ombak dia ganas sgt.. ombak jahat! Ombak jahat! Hahahahha!



Mlm lepas makan roti tempayan,  kita pi melawat Masjid Kristal.. cantik view bila malam.. kalo siang, lain laa pulak rupanya.. haha!

Owh! Walaupon iols bernikah dgn org dari Terengganu, itu x bermakna weols dah penah smpai dkt semua tmpt2 pelancongan kat sini okeh.. ingt kelakar? #nangis

Overall, seronok sangat sbb bawak mak lagi sekali ke Terengganu. InsyaAllah kalo ada rezeki, nak repeat bawak abah sekali. Baru laaa best!

Okeh! Tu je untuk update kali ni.. Alhamdulillah. babai!

#nexttripsoon
#nakpiredangpulak
#kumpulbajet
#belanjawan2018


Tuesday, April 18, 2017

Kelantan Darul Naim

Salam sejahtera.

Ini adalah siaran tertunda. Kahkah!

Sebenarnye nawaitu tu dah ada.. cuma usaha pulak kurang.. camno? Sila menangis! Haha!

Okeh, awal bulan April baru ni, kami akhirnya telah smpai ke Negeri Kelantan Darul Naim. Dan yg best, kali ni kita angkut Nenek Yah sekali! Yea! Jujur, sy x penah jejak kaki kat sini. 1st time gitu. Wewww..



Memandangkan trip kali ni terlalu tiba2, so jadual adelah sgt caca marba. Tapi disebabkan kita bawak Nenek, byk tempat laa nak disinggahnya.. ni semua gara2 Program kat tv ler.. huhu! Sila lihat bukti bergambar ye.. wefie dgn mercu tanda rehal tu adalah wajib dalam senarai ok.. 

Sempat singgah ke Kompleks Kraftangan. Tempat di tuju - Nasi Ulam Cikgu. Walauwehhh.. giler ramai orang! Berpusing2 cari parking.. haha! Overall, makanan dia sedap. Next time boleh dtg singgah sini lagi. Hehe!

Lepas da kenyang, singgah pulak ke Pasar Siti Khadijah. Tapi sebab kami smpai pun da petang, xde laa jumpa benda menarik.. mokcik siti pon da kemas2 nok kelik dumoh doh.. haha! 

Kendian, singgoh pulak Pantai Cahaya Bulan - PCB. Huu.. memandangkan iols ni kawen org tganu, tiap2 kali balik kampung pon akan jumpa pantai, jadinya idok laaa teruja mana.. haha! Tapi sekurang2 iols da jejak kaki kat sini okeh!

Lepas tu trus shoot balik ke tmpt tumpangan kami di Wakaf Che Yeh.

Mlmnya planning nak berjalan ke Pasar Wakaf Che Yeh.. last2 kami berdua2an je yg pegi sbb - nenek da lenguh kaki. Haha! Xde ape yg best - feel ala2 uptown je.. kihkih!



Kami hanya dok 1 mlm je kat sini, sbb esoknya kami menuju ke negeri sebelah pula! Hahaha!

Next entry - Trip ke Terengganu! Balik kampung yea!

Friday, July 25, 2014

dari kami sebenarnya..


Dan daripada mama n ayah batrisyia juge..
Haha! 
Tumpang sekali sbb dia tulis nama sendiri je.. huhu!


Salam Aidilfitri
Maaf zahir & Batin

Ikhlas dari kami sekeluarga;
King Paisor 
Azila Raffie
Putri Nurbatrisyia


#rayapusingpusingsinije #moodxberapanakraya 

Saturday, June 16, 2012

Selamat Hari Ayah!


Ayah + Abah + Papa + Papi + Daddy + Walid + Abi + Bapak

Selamat Hari Bapa

Saturday, December 3, 2011

our new family members

Taraaaa!!!

sekejap jek dah sebulan 2 ekor ni kt cni.. heheh!


momo & meme di import dari Terengganu Darul Iman

masa kitaorg amek, dorang ni baru 3 bulan.. =]



kakak Betty yg sgt iri hati sama momo & meme~

huh!

Wednesday, August 24, 2011

semua pon belom!

kuih bahulu lom beli..
kerepek raya lom cari..
kuih raya, lom siap lagi.. 
baju raya lom cuci.. 
beg baju lom kemas lagi..
raya dh dekat dh ni..
bosss!!! sy nk cuti awal, boleh x ni?

hahahha!

dh mcm pantun berkerat2 dh.. 

minah ni paling gumbira nk balik kampung! tsk!

Friday, April 29, 2011

Balik Kampung!


macam biasa,

tiap kali bulan lima jek... mesti nak balik kampung..

tiap kali balik kampung jek, mesti bulan lima..

balik kampung ye.. bukan berHoHoliday..

hahah!

ujung minggu ni balik kampung kat Tganu ler...

musim candat sotong katanye...

org kata sotong murah... (iyeke?)

layan jek laaa..

ade sesape nk kirim sotong kaa??

hak!hak!

Selamat Hari Pekerja!

Friday, February 25, 2011

Parking Bertingkat

 

Majlis Perasmian Parking Bertingkat Oleh Dato' Seri Haji Ahmad bin Said ( MB ) Pada 2 Februari 2011 (sumber : MDKT)

Pada 2 Februari 2011 yang lalu, telah berlangsungnya majlis perasmian Parking Automatik (Rotary Type) yang bertempat di Batas Baru, Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said. Parking tersebut telah mula dibina pada 9 Mei 2010 dan telah siap sepenuhnya pada Disember 2010. Ia merupakan parkir automatik ( rotary type ) yang pertama di Malaysia. Parkir ini dibina bertujuan untuk memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka memandangkan tanah di Pusat Bandar Kuala Terengganu tidak mencukupi untuk dijadikan kawasan tempat letak kereta yang besar. Sistem ini boleh dibina di ruang yang kecil tapi memperolehi bilangan parkir yang lebih dengan nisbah 1:4. Bilangan unit parkir yang disediakan adalah sebanyak 200 unit untuk kereta biasa manakala 32 unit untuk kenderaan MPV. Caj yang dikenakan adalah RM 2.50 untuk 1 jam yang pertama dan RM 1.00 untuk jam yang seterusnya. Datuk Bandar Kuala Terengganu berharap dengan terbinanya Parking Bertingkat ini, maka masalah kekurangan tempat letak kereta akan dapat diatasi dan orang awam berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.



hek! penemuan ketika pulang ke kg sempena Thaipusam bulan lepas. haha! masa we all amek gambo neh, dorag tgh test parking neh kot.. terkujat ler kejap sbb kt KT ni ade parking bertingkat.. heheh! jakun! tertanya² ler jugak bape laaa nk kene bayor kalo parking kt cni.. rupanya RM2.50 sejam pertama +RM1 utk jam seterusnya.. kira murah gak laa kan? bape lama jek laa nk amek masa round² area ctu. Pi mai pi mai tang tu jugak..  kalo ade masa nnt, bole ler try.. kekeke!

kolumpo bila nk buat cenggini? hehehe!

Selamat hari Jumaat!

Sunday, January 30, 2011

Tips bila anda ditahan polis trafik

Yeahhh!!! Sudah dapat saman trafik yg pertama utk tahun 2011.

Korang dah dapat ke? Tahniah di ucapkan.. hahah!

Tipsnya adelah :

1. Sila buat muka manis bila abg polis minta anda ketepi.
2. JANGAN marah abg polis, sbb dia hanya melakukan tugas shja
3. Teruskan senyuman anda.
4. Bercakap dgn penuh yakin dan berdedikasi ketika disoal.
5. Teruskan senyum, dan senyum lagi.
6. Berikan alasan yg munasabah. (ini penting!)
7. Minta maaf kepada abg polis atas kesalahan yg telah anda lakukan.
8. Terima semua nasihat dan berjanjilah yg anda tidak akan melakukannya lagi.
9. Sila laa blah setelah mendapat semula ic dan lesen beserta surat cinta.
10. Redha jek laaa atas apa yg berlaku.
11. Selesaikan segera saman anda sebelum anda tidak boleh menyambung lesen dan roadtax/insurans.

yg penting disini, jgn nk hangin 1 badan bila anda ditahan.. abg² polis ini hanya menahan jika anda buat salah.

X salah, dorang xkan tahan laa kan?

Utk yg bakal kene saman ngn abg trafik neh, selamat maju jaya diucapkan! Hahahha!