Tuesday, February 5, 2019

Bukan salah saya!

Kejadian petang tadi.. haah! Baru je tadi.. sampai mak menaip kat sini untuk mewaraskan sel2 otak ni.. Grrrr!

Mak yg garang : Putttttrrrrrriiiiiiii!!!!!

Mak yg garang : Ni ape kejadah niiii... baik cakap cepat!

Anak tak bersalah : bukan saya yg buattt..

Mak yg garang : kalau bukan salah awak, salah siapaaa?

Anak tak bersalah : bukan saya yg buat

#ddk tepi nenek dgn pakej  muka tak bersalah
#nenek tengok tv
#tokmat tgk sinetron mak dan anak. Sambung tgk v balik

Mak yg garang : dah tu tak kan patah sendiri? Tak logikkk.. tadi helok jeeee..

#mak dah berasap
#mak rasa nak gigit orang
#mak bawak2 istighfar

Nenek chill chill : mengaku je laa awak yg buat.. cakap tak sengaja dkt mama.. kan senang..

Tok Mak tak kuasa : cakap je laa..

Mak yg garang : hah? Ni ada towel awak ni haa.. awak masuk bilik mama tadi kannnn??

Anak tak bersalah : . . . . . . . . .

Mak yg dah waras :  Awak kan yg buat?? (Low note tahan geram)

Anak tak bersalah : saya duduk je.. lepas tu dgr bunyik "piakk".. sy bangun..  tgk2 dah patah mama.. sorry mamaaa

Mak yg redha : . . . . . . .

Anak tak bersalah : ni boleh sambung dgn gam gajah kan mama?



#ideageliga
#selselotakberhubung
#bapakkaumana



No comments: