Majlis Perasmian Parking Bertingkat Oleh Dato' Seri Haji Ahmad bin Said ( MB ) Pada 2 Februari 2011 (sumber : MDKT)
Pada 2 Februari 2011 yang lalu, telah berlangsungnya majlis perasmian Parking Automatik (Rotary Type) yang bertempat di Batas Baru, Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said. Parking tersebut telah mula dibina pada 9 Mei 2010 dan telah siap sepenuhnya pada Disember 2010. Ia merupakan parkir automatik ( rotary type ) yang pertama di Malaysia. Parkir ini dibina bertujuan untuk memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka memandangkan tanah di Pusat Bandar Kuala Terengganu tidak mencukupi untuk dijadikan kawasan tempat letak kereta yang besar. Sistem ini boleh dibina di ruang yang kecil tapi memperolehi bilangan parkir yang lebih dengan nisbah 1:4. Bilangan unit parkir yang disediakan adalah sebanyak 200 unit untuk kereta biasa manakala 32 unit untuk kenderaan MPV. Caj yang dikenakan adalah RM 2.50 untuk 1 jam yang pertama dan RM 1.00 untuk jam yang seterusnya. Datuk Bandar Kuala Terengganu berharap dengan terbinanya Parking Bertingkat ini, maka masalah kekurangan tempat letak kereta akan dapat diatasi dan orang awam berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
hek! penemuan ketika pulang ke kg sempena Thaipusam bulan lepas. haha! masa we all amek gambo neh, dorag tgh test parking neh kot.. terkujat ler kejap sbb kt KT ni ade parking bertingkat.. heheh! jakun! tertanya² ler jugak bape laaa nk kene bayor kalo parking kt cni.. rupanya RM2.50 sejam pertama +RM1 utk jam seterusnya.. kira murah gak laa kan? bape lama jek laa nk amek masa round² area ctu. Pi mai pi mai tang tu jugak.. kalo ade masa nnt, bole ler try.. kekeke!
kolumpo bila nk buat cenggini? hehehe!
Selamat hari Jumaat!