Cinta Balqis - Arini isnin last episod.. huhu!
kene pantas sampai umah arini.. ekeke!
Sipnosis (http://watchcintabalqis.blogspot.com)
Cinta Balqis pula melatari slot Akasia yang menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang mulai 2 November ini.
Siri 44 episod yang diterbitkan oleh Radius One Production Sdn. Bhd., itu diarahkan oleh Heykal Hanifah yang sebelum ini pernah menghasilkan siri Pertama Ramadan dan Cinta Untuk Ain.
Siri tersebut dibintangi oleh Eira Syazira (Balqis), Zamarul Hisham (Ezani / Emran), Fezrul Khan (Hasan), Memey Suhaiza (Marisa), Mak Engku (Mak Bilah), Hamidah Wahab (Habshah) dan Ainul Aishah (Siti).
Tidak ketinggalan, Aripah Damanhuri (Mak Wok), Hafizudin (Tuan Baharom) dan Megat Shahrizal sebagai Mukhriz.
Cinta Balqis mengetengahkan kisah percintaan tiga segi antara Balqis, Ezani dan Hasan. Dalam satu pertemuan yang tidak dirancang, Ezani dan Balqis saling jatuh cinta.
Sedangkan, sejak kecil lagi, Hasan yang merupakan teman sepermainan Balqis telah menaruh hati terhadapnya.
Ezani nekad berkahwin dengan Balqis secara rahsia. Setelah berkahwin, Ezani membawa Balqis ke rumah orang tuanya untuk meminta restu daripada mereka. Bagaimanapun, pergaduhan besar berlaku antara Tuan Baharom dan Ezani sehingga dihalau dari rumah tersebut.
Dalam perjalanan memulakan kehidupan baru, malang menimpa. Kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan nyawa Ezani manakala Balqis koma selama sebulan.
Setelah sedar dari koma, kesedihan akibat kehilangan suami bertambah apabila Balqis disahkan mengandung.
Kepayahan dalam membesarkan anak tunggalnya, amat dirasainya, apatah lagi ibunya Mak Wok telah diberhentikan kerja oleh Tuan Baharom gara-gara membiarkan perkahwinan anaknya dengan Ezani.
*update for last episode : selepas pelbagai dugaan, akhirnya Balqis + Hasan kawin jugak.. merasa laaa dia pakai songket merah. Ezani/Emran stick with her beloved wife, Marisa. Irfan dapat ayah baru. Habshah (mak ayam yg jahat) kene tahan polis. Tuan Baharom (bapak Ezani) duduk jek kt rumah feeling blues.. ngaaa~~
*x suka ending dia! nyampah ai.. tp betul laa jugak.. cinta sejati ada depan mata. @-@
1 comment:
Lama aku tak layan dram drama ni@~
Post a Comment