Monday, April 13, 2009

AIR + WATER : rumah korang kene x?

GANGGUAN BEKALAN AIR DI WILAYAH GOMBAK, KUALA LUMPUR, KLANG/SHAH ALAM DAN PETALING JAYA
(Artikel dr www.syabas.com.my)

Kuala Lumpur - Gangguan bekalan air dijadualkan akan berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor yang disebabkan oleh kerja-kerja penyenggaraan infrastruktur dan menaiktaraf perkhidmatan bekalan air oleh SYABAS. Walau bagaimanapun pihak SYABAS berusaha meminimakan kawasan-kawasan yang terlibat dengan sambungan cara alternatif lain seperti mengalihkan bekalan dari saluran-saluran paip air yang lain.

Tarikh dan kawasan terlibat adalah seperti berikut :

A. WILAYAH GOMBAK
Tarikh/Masa
Rabu, 15 April 2009, mulai jam 8.00 malam hingga 4.00 pagi keesokan harinya, 16 April 2009 (Khamis).

Sebab-Sebab Gangguan:
Perlaksanaan kerja bagi pemasangan ‘preventive maintenance’ di Wangsa Maju Booster Station dan kerja pemasangan `water balance meter` bersaiz 300mm di paip bersaiz 450mm Mild Steel di Kolam Air Taman Sharmelin Perkasa.

Kawasan-kawasan terlibat
1. Wilayah Gombak
Taman Keramat Permai (AU1); Taman Keramat AU2 hingga Taman Keramat AU5; seluruh Flat Jalan Enggang; seluruh Jalan Enggang Timur; seluruh Jalan Enggang; Keramat Wangsa; seluruh kawasan Kelompok dan Menara PKNS; Ukay Perdana; Pudu Ulu dan Kampung Kemensah.

2. Wilayah Kuala Lumpur
Jalan Semarak; Jalan Kent; Jalan Gurney; Kementah, Pulapol, Wisma Tanah JUPEM, FELDA, UTM dan Pusat Latihan Telekom; Jalan Ampang Hilir dan Jalan U-Thant; Taman Pandan Jaya; Taman Chempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Taman Putra Sulaiman; Taman Cahaya; Taman Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Bandar Tasik Permaisuri; kawasan Desa Pandan; Taman Cheras Utama; Taman Pandan Perdana; Taman Kenchana; Taman Pandan Indah; Taman Pandan Komersil; kawasan Pandan Utama dan Pandan Mewah.

B. WILAYAH PETALING
Tarikh/Masa
Rabu, 15 April 2009, mulai jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.

Sebab-Sebab Gangguan
Kerja-kerja penggantian satu injap kekupu DN1200mm di Kolam Serdang 3juta gelen.

Kawasan-kawasan terlibat
Keseluruhan kawasan Lestari Perdana; keseluruhan kawasan Lestari Puchong; keseluruhan kawasan Taman Desamanium; keseluruhan kawasan Kota Perdana; keseluruhan kawasan Bandar Putra Permai; keseluruhan kawasan Taman Pinggiran Putra; keseluruhan kawasan Bandar Bukit Jalil; keseluruhan kawasan Saujana Puchong; keseluruhan kawasan Bandar Puncak Jalil; keseluruhan kawasan Lestari Putra; keseluruhan kawasan Prima Tropika dan Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan.

C. WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
Tarikh/Masa
Khamis, 16 April 2009, mulai jam 8.00 malam hingga 8.00 pagi keesokan harinya, 17 April 2009 (Jumaat).

Sebab-Sebab Gangguan
Kerja-kerja pemasangan `water balance meter` bersaiz 600mm di paip bersaiz 900mm Mild Steel di Kolam Sedut Seskyen 16, Shah Alam.

Kawasan-kawasan terlibat
Seluruh Kawasan Seksyen 15, 16, 17, 18, 19, 20 dan Seksyen 25 ( Taman Sri Muda ); seluruh Kawasan Sg. Rasah, Jalan Mohd Sidin Bukit Kuda, Kg Kuantan dan Taman Rashna; seluruh Padang Jawa; Seluruh Kawasan Jalan Kampung Jawa Bt 2 hingga Bt. 4½ meliputi kawasan Kg Sg. Kandis, Telok Menegon, Taman Sri Menegon, Menegon Indah, Desa Latania dan Taman Maznah.

D. WILAYAH PETALING JAYA/KUALA LUMPUR
Tarikh/Masa
Jumaat, 17 April 2009, mulai jam 8.00 malam hingga 6.00 pagi keesokan harinya, 18 April 2009 (Sabtu).

Sebab-Sebab Gangguan
Kerja-kerja pemasangan `water balance meter` bersaiz 400mm di paip bersaiz 415mm Mild Steel di Kolam Air Pantai Kompleks.

Kawasan-kawasan terlibat
1. Wilayah Petaling
Pangsapuri PKNS, Kampung Kerinchi; Seksyen 6,7,8,9 dan 10 Petaling Jaya; Jalan Gasing, Petaling Jaya; PJ State, Petaling Jaya; Petaling Height, Petaling Jaya dan Vista Angkasa.

2. Wilayah Kuala Lumpur
Ibu Pejabat SYABAS/Wilayah Kuala Lumpur Jalan Pantai Baru; Midvalley; The Garden; Hotel Cititel; Wisma Goshen dan Plaza Pantai; Menara Telekom Malaysia; TM Annexe; Plaza Cygal dan Hospital Pantai Baru.

E. WILAYAH PETALING JAYA/KUALA LUMPUR
Tarikh/Masa
Jumaat, 17 April 2009, mulai jam 8.00 malam hingga 6.00 pagi keesokan harinya, 18 April 2009 (Sabtu).

Sebab-Sebab Gangguan
Kerja-kerja pemasangan `water balance meter` bersaiz 400mm di paip bersaiz 579mm Mild Steel dan pemasangan `water balance meter` bersaiz 300mm di paip bersaiz 500mm Kolam Air Pantai Kompleks.

Kawasan-kawasan terlibat
1. WILAYAH PETALING JAYA
Seksyen 5, Petaling Jaya; Kampung Kerinchi; Bukit Angkasa; Kondominium Panorama; Seksyen 16, 17 dan 19, Petaling Jaya; Rumah Kakitangan Universiti Malaya, Seksyen 16 Petaling Jaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; UIA, Jalan Universiti Petaling Jaya dan Pantai Hill Park

2. WILAYAH KUALA LUMPUR
Ibu Pejabat SYABAS dan SYABAS Kuala Lumpur, Jalan Pantai Baru

Segala kesulitan amatlah dikesali. Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS, dengan menaip PUSPEL jarak taipkan aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my

Sekian, harap maklum.
note : xpe ler.. xde air memalam jek kan.. hehehehe

4 comments:

NizA said...

x kena!!x kena!!!hehehe...

Beautiful Disaster said...

sunway?sunway?kire petaling jayakah?aduh. mmg lew mlm. aku mlm lar lg byk g toilet. aduhhhh.

jajazuzu said...

ye, aku bersyukur sgt2 sbb tgal kat Subang Mewah ---> xde dlm senarai! yeehhhhaaaaa!!

azilaraffie said...

niza : hehehe.. xpe kak.. nnt len kali kene jugek.. =P

Beautiful Disaster : lorh.. simpan ler air lam tong.. ekekeke

jajazuzu : cehhh.. nnt esok² turn ko plak weh..