Tuesday, November 21, 2017

Last Minute!

Hishhhhh!

Bila ko dah last minute apply cuti kekonon nak buat seperais utk anak ko. Boss pon potpetpotpet tapi kasi approved jugak sebab hal sekolah kan.. ko pon dapat ler cuti dengan jayanya. Dan dengan poyonye ko pon dok ulang habaq kat kawan semua esok ko cuti yeayea.. sbb seronok oii cuti tengah2 minggu! Hahah!

Alih2 ko balik umah n dapat surat, anak ko kata sekolah bgtau posponed ke hari lain.. last minute.. ko ghaseeee??? Tak ke budak yg x bersalah tu jadi mangsa keadaan amarah tak terbendung mak pak dia? Haih laaa..

Kesian anak iols hokehh!

Korang ni dah kenapa suka2 tukar tarikh? Korang ingt weols ni keje kampeni sendiri ke suka2 nak tukar tarikh nak cuti? Kalo bgtau last week, boleh jugak laa nak kawtim tukar tarikh bagai.. ni patut kejadian hari ni tapi semalam baru korang bg notis pi tukar Rabu?..mggu yg sama oiii.. kalo tkar ke mggu depan, atleast kitaorg leh gak laaa nak pikir2.. hoiiiilaaaaa!

Alasan plak x bleh blah.. hari kanak-kanak? Helloooo... boleh je kot nak teruskan majlis.. kejadahnya nak tukar.. majlis pon nak meraikan kanak-kanak kan? Hooooiiii lapan belas kali! Eeee... geram betul iols... dah tu cuti iols ni nak kira camne? Ingt iols ni suka sgt ke nak cuti2 tanpa sebab? Kalo mc tu xpe gak la... hahah!

Huh! eeee.. geram betul laaa iols ni.. nak seperais anak, iols yg terseperais.. grrrr!

Saturday, November 18, 2017

Mai secawan!





Seketul cekodok (cukup ke seketul??) dan secawan kopi sangat best dinikmati ketika atau selepas hujan.. hohoihoiii..

Jemput makan uols..

Wednesday, November 8, 2017

Euro Fun Park @ Seksyen 13 Shah Alam

Heh! Lama tak update rupanya.. terlalu bizi katanya kann..

Okeh laa.. meh kita bercerita berdasarkan tajuk diatas ye.. haha!

Lama rasanya tak pegi fun fair.. ingt lagi masa dulu2 mak abah bawak pegi fun fair, wuiyoooo.. macam2 ada.. siap ada konsert lagi.. tempat wajib singgah - Rumah Hantu.. huuuu~~



Kali ni turn weols pulak bawak anak pi funfair.. aiyohh.. mahal nau2 laa ni.. dulu nak masuk mana ada bayar2.. nak main game baru bayar rasanya.. yeke? Haha! X ingt!

Yang pasti, sebelum masuk tu dah pesan lat anak macam2.. boleh pilih 2 game je nak main.. kang overbudget, naya ye.. hahah! Anak pun angguk je laa janji dpt main kan.. yelaa sgt kann.. sekali hambik kau.. dah semua game nak main! Ini telah mendatangkan marahhh.. hahah! Sebelum dia start, meh mama kau ngamuk dulu.. kahkah!

Pesanan penaja-sila laa berbelanja dengan berhemah disaat2 ekonomi tak berapa nak stabil ni.. jgn ikut napsu okeh!

Dan setelah di sogok dan dipujuk tanpa rela, dapat laa main 2 game seperti yg dijanjikan.. setoken rm2.. segame nak 4 token sorang.. hailaa.. nasib laa anak sorang kan.. kalo ramai? Bengkok mak kau nak oiii.. dpt pulak mak yg kedekut.. hahah!



Overall, anak iols happy.. x caye, tgk laa gambo diatas.  Gigih iols screenshot thru video tau.. so, weols pun happy.. so one happy family.. yea! Alhamdulillah.. tq Allah 😘


Tuesday, August 22, 2017

Happy birthday to me..

Selamat hari tua..

18hb baru ni genap ler umur acik zila 34 tahun.. alahai kejap je masa berlalu.. amalan pon mcm x byk bertambah je.. sila doakan semoga acik zila lepas ni lebih istiqomah ye.. 😚

Di persukuan usia ini, semoga Allah memberi petunjuk ke jalan yang benar dan diredhai, memberi hidayah dan kelapangan hati, diberi kemurahan rezeki dan di berkati serta mendapat rahmat kepada acik zila dan seluruh kaum keluarga serta sahabat handai.. aminn

Tq encik King Paisor for the birthday cakes..
Tq sis Julia for the present..
Tq kak Wati for the treats..
Tq all for the wish..
Syukur Alhamdulillah.




Saturday, August 5, 2017

Happy 59th Birthday Mak @ Nenek Yah @ Opah





Mak,
Selamat Hari Lahir yang ke 59!
Semoga sentiasa gembira, diberi kesihatan, di rahmati , di murahkan rezeki dan di lindungi Allah S.W.T.

Sayang mak ketat ketat!

xoxo,
Anak2 n Cucu2 mak.