Sunday, February 9, 2020

Nyum!Nyum! Tart Nenas Premium

Halu...
.
Rasa sekali mesti nak lagi.. haaa gitteww 😘
.
Haa... para peminat tart nenas boleh laa order dengan acik zila ya... whatsapp laju2 tau!
.
Dijamin sedap sampai bawak dalam mimpi  😘
.
Heh!
.







Tart Nenas Premium nyum-nyum sekali rasa pasti ketageh

Dengan cara perbuatan yang cukup berkualiti dan bancuhan dari bahan-bahan yang high-premium, khas untuk peminat tart Nenas.

Tart Nenas Premium kami ada 2 jenis, Cheese dan Original. 💪🧀

Fresh daRi Oven and Home made.
Pasti sedap, gebu gebas, dan semestinya Cair dimulut.

100% Pure butter dan high premium ingredients tau.
Boleh dapat kan di agent rasmi KETAGEH tart Nenas premium.

SEKALI ANDA RASA PASTI TAK MENYESAL

Jom selit order
COD PADANG JAWA, SHAH ALAM, SUBANG JAYA

TERUS SAMPAI DEPAN MATA!

#EMPIRE_ABANG_BOTAK
#TartNenasCheese
#TartNenasOriginal
#productketageh
#homemade
#ketagehcookies

Edited - Acik Zila tak jual dah Tart ni yaa.. Temporary no stock. Harap Maklum

Wednesday, January 1, 2020

Check In Y2020!

Okk.. setelah sekian lama tak update kan.. haha!
.
Sebenarnya byk je cerita. Malas nak menaip saje. Kalau ada pun, semua sangkut jadi draft. Kahkah!
.
Tapi tak apa.. acik zila akan usahakan buat post backdated la yaa.. harap maklomm 😄
.
So, ini adalah posting pertama untuk tahun 2020!
.
Semoga apa yang kita buat di tahun ini lebih cemerlang, gemilang dan terbilang ya!
.
Semoga murah rezeki melimpah ruah, dikurniakan kesihatan yang baik2, gembira, dipermudahkan segala urusan dan disayangi & diberkati Allah s.w.t.
.
Happy Holiday & selamat tahun baru korang!
.


Wednesday, December 18, 2019

UPKK 2019 Putri Nurbatrisyia




Alhamdulillah.

Tahniah Cik Putri!❤

Mama, Ayah dan semua orang tumpang bangga & gembira.

Tingkatkan usaha ya.. tak mau malas2 mcm mama😂

InsyaAllah, masih jauh lagi perjalanan awak... Byk lagi exam besar menanti. Yang paling besar adalah ujian hidup.

Semoga lebih berjaya, cantik, kaya, sihat, diberkati & dirahmati Allah s.w.t

Terima kasih Allah!

Love,
Mama

#makanaksorang
#bff
#upkk2019
#family
#cikputri

Wednesday, April 3, 2019

Part 2 Padang-Bukittinggi

Halu..

Wahhh! Korang sambung baca ke? Tak caye pulak acik zila.. terima kasih korang sebab sudi baca.. ❤❤

Ok, ada yg tanya kenapa atok Mat tak ikut sekali?

Huu.. bukan apa, atok tak larat nak jalan jauh.. pakai tongkatkan. Lagipun ini 1st time bagi kami ke luar negara.. insyaAllah akan diusahakan di trip lain ya!

Ok! Mari sambung cerita!



Alhamdulillah cuaca sgt elok. Since perjalanan tak ada jauh sangat, jadi kami tak order makan. So kita ambil bau saje laaa makanan yang orang org order... hahah! Perut kriokk..kriokk!

Oh! di tengah2 perjalanan, dorang akan beri 1 kertas utk kastam declaration.. nasib tak dibuang.. isi je tempat kosong tu semua.. 1 family 1 kertas. Since we all pegi dgn mak, jadi 2 kertas ler nak kena isi.. heh! Nnt masa dah touch down, kertas tu kena bagi sekali dkt kastam masa nak keluar dari airport.



Lagi 1, masa nak cop passport tu, imigresen akan tnya buat apa dtg ke sini, jawab aja "mahu berlibur ibuk". Heheh!

Oh! Pemandangan sangaattt cantik tau dari atas.. siap ada pulau kat tengah2.  Dah mcm mata pulak bila tgk lama2.. hah!



Selamat datang ke daerah Minangkabau!




Next!

Note: since acik zila dah lama tak menaip, so posting adelah berperingkat ya.. sila tunggu jgn lari. Haha!


Daaaa..