Tuesday, June 23, 2009

PomPom vs Tarzan : let me tell yu

Betty : tarrakuchaha.. lalala~~
Tina : *tgk tv

Tina : apehal yu ni?
Betty : errr~~

Tina : ai tau laa yu manja gilos ngn atuk n opah.. tp arini turn ai okeh..
Betty : hemm.. okeh sis..

Tina : let me tell yu.. ai x suka yu kacau ai arini..
Betty : huk!!

Tina : if not.. ai will gigit yu.. see my teeth?? lg byk dr yu tauuuuu
Betty : *nak nangis~~


sekian, mekaseh

Monday, June 22, 2009

BettyOwL

Selamat Hari Isnin
ni entry pemaleh.. hehe

jgn ditnya okeh.. =P

Betty yg mintak pakai cenggitu..

cHoopp!! sy sukeeee~~

cube korang teka, cikenet ni tgh mkn hape?
ngehehe!!





Friday, June 19, 2009

Bila dia mula bercakap~~

~~pemilik bibir ini sangat bising sekarang~~

mamama~ air~ ayah~ mama~ hemmhemm~ ain~ mauuu (*miau)~ sedap~ ayam~ emmahh (*muah kizz)~ abah~ .... .... mbak~~ (*tomtom bak)~ (yg lain x dpt ditranslate sbb x paham.. ngehehe)

Kanak² yang Lambat Bercakap
(Artikel dari Anak:Kesihatan - Dr Hamid Arshat)

Ada lima faktor penting yang memainkan peranan utama dalam menentukan bahawa perkembangan pertuturan berjalan dengan memuaskan. Faktor - faktor tersebut ialah

1. Ketiadaan kecacatan akal.

2. Pendengaran yang baik.

3. Ketiadaan kecacatan fizikal seperti yang timbul daripada gangguan urat saraf.

4. Perkembangan emosi yang sihat.

5. Persekitaran dan stimulasi yang memuaskan.

Kanak -kanak yang cacat akalnya memang selalu lambat bercakap. Selalu terdapat kanak -kanak yang berumur empat tahun yang cacat akal hanya mencapai tahap bahasa seakan -akan kanak -kanak yang berumur dua tahun atau kurang daripada itu. Semakin rendah kebolehan inteleknya semakin lambatlah dia mula bercakap.

Cara kanak -kanak yang cacat akalnya mengeluarkan kata -kata dari umur bayi hingga umur pra - sekolah selalunya berlainan dari kanak -kanak yang sihat akalnya. Kepastaian bahawa kanak -kanak itu cacat akal boleh dibuat setelah pemeriksaan menyeluruh yang merangkumi pemeriksaan klinikal , latar belakang sosial dan penilaian psikologinya dijalankan.

Pendengaran adalah pancaindera yang paling penting untuk proses perkembangan pertuturan. Jika seseorang kanak -kanak itu tidak boleh mendengar semenjak dari lahir lagi , kesannya ke atas perkembangan pertuturan amatlah buruk sekali. Ini biasa terdapat pada kanak -kanak yang pekak disebabkan oleh keadaan yang disebut ' Congenital Rubella Syndrome '. walaupun umurnya sudah tiga tahun dia masih tidak boleh bercakap. Kesan kepada perkembangan pertuturan kurang sedikit buruknya jika gangguan kepada pendengaran berlaku selepas kanak -kanak berumur tiga tahun. Proses perkembangan pertuturan adalah pesat sekali dari lahir hingga tiga tahun dan jika kehilangan pendengaran berlaku pada waktu ini , akibatnya ialah kerosakan perkembangan pertuturan yang sukar dipulihkan semula walaupun dengan latihan pertuturan.

Kecacatan fizikal seperti berlaku pada kanak - kanak yang mengalami kekurangan oksigen diwaktu kelahiran kadang - kadang boleh menganggu fungsi alat suara. Kanak - kanak yang mengalami keadaan yang disebut ' palsi serebral ' biasa didapati sukar bercakap.

Untuk seseorang kanak - kanak itu mengunakan bahasa dengan betul dia perlu memahami apa yang dicakapkan kepadanya serta melafazkan pemikirannya. Jarang - jarang sekali terdapat dimana seseorang kanak -kanak itu tidak boleh memahami bahasa dari itu dia tidak boleh bercakap. Ada pula yang boleh memahami bahasa tetapi tidak boleh melafazkan pemikirannya. Kanak -kanak seperti ini selalu mengunakan isyarat untuk mengatakan kehendaknya walaupun jelas dari kelakuannya yang dia bukan pekak atau cacat akal.

Gangguan emosi dikalangan kanak - kanak dari peringkat persekolahan ke bawah boleh mengakibatkan gangguan kepada perkembangan kanak - kanak. Kanak - kanak yang selalu bersendirian , tidak pernah berinteraksi dengan kelakuan anihnya , tidak akan dapat stimulasi serta dorongan yang sesuai untuk membolehkan dia mempelajari bahasa.

Bukan semua kanak - kanak yang mengalami pengalaman sedih atau pahit menunjukkan kesan - kesan ini. Ada yang tidak terjejas perkembangan pertuturan dan kognitif sementara yang lain pula memerlukan latihan yang khas untuk membaiki pertuturan , intreraksi sosial , kognitif serta kemahuan asas ( seperti makan , membersih diri , memakai pakaian atau kasut mereka dengan sendiri ).

Kekurangan rangsangan yang sesuai merupakan suatu punca yang biasa didapati dikalangan kanak - kanak yang dirujuk ke klinik kerana lambat bercakap. Persekitaran yang penuh dengan peluang untuk kanak - kanak itu bercakap adalah penting. Bayangkanlah seseorang kanak - kanak yang ditinggalkan berseorangan didalam bilik sepanjang masa hari demi hari tampa kasih mesra ibu bapa dan interaksi sosial. Dia akan mengalami masalah memahami dan mengunakan bahasa .

Seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata seperti aa , aa , ahggege , bababa , dededed , mamamam , nanana dan seterusnya sebelum dia dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Memang digalakkan ibu bapa menyahut baik kata - kata ini sambil bercakap - cakap yang berpada dengan suasana dan umur bayi atau kanak - kanak itu. Inilah satu cara yang baik bagi merangsang bagi bayi bercakap.

Unsur perwarisan adalah satu lagi sebab mengapa kanak - kanak lambat bercakap. Memang selalu di dapati keadaan dimana ibu atau bapa kanak - kanak itu juga lambat mula bercakap pada masa mereka kecil. Kanak - kanak lelaki lebih selalu didapati mengalami masalah ini. Ini hanya dapat dipastikan setelah pemeriksaan yang menyeluruh dibuat untuk mengetepikan unsur - unsur yang lain.

Bilakah perlu ibu bapa rasa bimbang?

Ibu bapa selalu membuat perbezaan di antara tahap pertuturan kanak -kanak mereka dengan kanak -kanak yang lain. Mereka biasa rasa bimbang apabila kanak -kanak mereka lambat bercakap daripada yang lain. Tetapi di antara kanak -kanak yang normal perbezaan tahap pertuturan adalah besar.

Lazimnya kanak -kanak yang berumur lapan bulan sudah boleh menyuarakan kata -kata ah , ee , uu, dan juga dadada , nana , mamama , gagaga. Dia juga boleh meniru bunyi -bunyi yang di suarakan oleh ibunya. Pada umur satu tahun , lazimnya kanak -kanak boleh memanggil mama , abah dengan bermakna dan mula menyuarakan ayat seperti ata , nani , bai bai.

Pada umur dua tahun kanak -kanak boleh menyuarakan dua perkataan seperti na ' mamam (hendak makan), na ' num ( hendak minum ) , mak bayik ( mak balik ) dan seumpamanya.

Apabila berumur tiga tahun , kanak -kanak biasanya boleh menyuarakan ayat seperti boy na' matan nacik ( boy nak makan nasi ) dan seterusnya walaupun masih pelat. Tetapi ada kanak -kanak yang mencapai tahap pertuturan yang lebih cepat daripada ini dan ada juga yang lambat daripada ini.

Kanak -kanak yang tidak boleh memanggil mak , atau abah dengan bermakna padahal umurnya sudah meningkat lapan belas bulan perlu disiasat . Kanak -kanak yang tidak mengeluarkan bunyi seperti ga ga ga , de de de , me me me dan lain -lain sedangkan umurnya sudah meningkat setahun perlu mendapatkan pendapat pakar kanak -kanak.

Adalah penting kanak -kanak yang lambat bercakap mendapat penilaian dengan awal kerana jika dibiarkan berterusan mungkin akan menjejaskan perkembangan pembelajarannya kelak.

Kebanyakan kanak -kanak yang lambat bercakap dapat dipulihkan dengan rangsangan yang sesuai tetapi kadangkala rancangan pemulihan memerlukan cara -cara yang lebih mendalam lagi jika bersangkut paut dengan sebab -sebab seperti kekurangan pendengaran , kerosakan fungsi alat suara , masalah sukar memahami bahasa dan juga gangguan emosi.

Pengalaman di klinik penilaian kanak -kanak

Kekurangan ransangan di mana peluang untuk kanak -kanak bercakap -cakap tidak mencukupi merupakan punca yang sering terdapat di klinik. Ini bersangkut - paut selalunya dengan keadaan sosio ekonomi atau penjaga kanak -kanak yang datang dari golongan keluarga yang berada pun mempunyai masalah lambat bercakap kerana peluang untuk bercakap dengan orang lain tidak mencukupi . Mereka selalunya menunjukkan kemajuan pesat setelah diberi stimulasi yang sewajarnya.

Masalah kanak -kanak yang gagap

Kanak -kanak yang berumur dua hingga empat tahun selalu sumbang rentak pertuturannya tetapi ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada kanak -kanak yang menempuh proses perkembangan pertuturan. Apabila keadaan ini berterusan hingga enam tahun apabila kanak -kanak ini sudah bersekolah , dia jadi mangsa ejekan kawan -kawannya dan menimbulkan masalah kepadanya serta ibu bapanya.

Seelok -eloknya kejadian itu patutdicegah daripada berterusan. Semakin lama ini berterusan semakin ini berterusan semakin sukar dipulihkan. Ada kanak -kanak yang dikatakan telah pulih kegagapannya dengan cara ini dan ada pula yang menjadi lebih gagap. Kanak -kanak yang gagap perlu diberi galakan serta perasaan timbang rasa sambil diberikan terapi pertuturan yang sewajarnya.

Kegunaan pelbagai bahasa di rumah

Sama ada penggunaan pelbagai bahasa di rumah akan mengakibatkan seseorang kanak -kanak ini lambat bercakap bergantung juga faktor -faktor yang lain. Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap dengan kanak -kanak itu dengan menggunakan bahasa yang sukar difahami olehnya , kanak -kanak itu akan kurang maju dalam kefahaman dan penggunaan bahasa ; walaupun dicakap dalam satu bahasa sekalipun.

Seseorang ibu yang bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris kepada anak -anaknya mestilah menggunakan perkataan -perkataan yang mudah difaham oleh anaknya. Dia perlulah menggalakkan anak mereka bercakap selalu. Peluang untuk bergaul dengan kanak -kanak lain akan membawa manfaat.

Kesimpulan

Untuk mengelakkan berlakunya masalah pertuturan di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.

Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat , meggunakan perkataan yang tidak seimbang dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahamimya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka.

Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan intelek sangat mempengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.

Akhirnya saya ingin menekankan bahawa selain daripada kesihatan tubuh badan , tahap pemakanan yang baik , keadaan fizikal dan mental yang baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu diberikan kepada kanak -kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa optimum.





on 19th June 2009

19th June 2009

genap sudah 3 tahun saye berkhidmat disini..

sy masih ingt lg waktu memula dtg intebiu kt cni..

ramai giler calon²nye.. sy rasa amat gugup.. (*asyik gugup jek! =P)

sbb ini kali ke-2 sy attend intebiu..

(kes kene reject 1st intebiu kt SPA.. hampess!!!)

jujur sy cakap, smpai skang sy TRAUMA bile kene intebiu..

tp impian sy nk jd otromen, x penah luput walau kene reject..


okeh..


masa walk-in-intebiu di tempat ini, sy pakai bj kebarung kaler purple..

plak tu baru 6bln kawen ngn pakPecHo..

kiranya masih berseri² lg.. (skang? kusam sokmo! =D)

cikBetty pon xde lg time neh.. =P

sgt tidak disangka bila diterima bekerja..

mungkin rezeki seri pengantin baru.. haha!!

mlm tu siap g blanja 1 family mkn satey kt Bukit Tinggi,Klang..


hemm..


tu 3 tahun yg lalu..

skang, kije makin byk..

bila ler agak²nye saya nk merasa naik gaji lagi neh ye?

hahaha!!

mungkin bg sestgh org.. 'heellehh.. br 3taun kije, ape laa sgt kan..'

hemm.. iye.. mmg baru 3 thn.. tp mcm² sy belajar, sy jumpa, sy dgr..

amat payah okeh nk dpt kenaikan gaji..

tnya je laa sesape yg penah kije cni..

tp kalo pandai test market dpn bos, wohohoo..

mmg bahagia laa hidup..

saye? test market?

naahhh.... x kuasa makcik okeh..

saya bukan kaki kipas.. bodek pon x pernah..

tp bkn bermakna saya takut.. cuma rasa hormat pd majikan..

yelaa.. bos saye kan? dia yg bayar gaji okeh..

medical claims? tu je laa yg bole top-up gaji..

jap lagi ler anto.. kang lupe lagi..

walopon claim ini dr bulan 3 ngn 5 pnya..

claim tetap claim.. =]

duit tu weh.. xkan nk kasi burn gitu jek kan? hehehe..


tapi,


sekiranya ade peluang utk sy menambahkan lg pengalaman,

sy akan ambil tanpa rasa ragu..

ini utk masa dpn sy n family..

ye.. sy akan terus mencari peluang² yg mungkin ade utk saya..

bukan sbb sy lupa daratan.. atau kacang lupakan cendol..

mungkin sbb sy sudah terlalu selesa dgn suasana kerja disini..

sy jadi bosan mungkin? malas? over? poyo? wonderpets? catdog?

hahaha~~


owh.. x pasti pulak..


tp sy pernah terbaca 1 artikel..

dia kata, kita x bole terlalu selesa dgn ape yg kita ade sekarang..

katanya, kita kene berani mencuba sesuatu yg baru.. baru kita bole maju..

katanya lagi, kita hidup ni kene ade matlamat..

jika tidak, kita tetap masih di takuk lama..

hemm.. okeh.. saya akan cuba.. insyaAllah..


beranikah saya?


tepuk dada pelan², jgn sampai semput..


selamat hari Jumaat~~

Thursday, June 18, 2009

MOBS & AliceWonders Giveaway Contest

MOBS & Alice Wonder : Giveaway Contest
16th June 2009 - 23rd June 2009


wohohooo~~ hadiah henbeg.. sapo nak?
(saye!! saye!!! =P)

cara² nak menang sgt mudah..

memula korang pilih beg idaman hati kt cni


pastu g kt cni

cuma perlu taip kt kotak komen "Me need a bag because ...... (sila smbung ayat itew~~)"

psst~~ jgn lupa tinggalkan email add korang kt MOBS tu tau!!

contoh hade di sini

opss!! kalo korang wat entry pasal contest ni, peluang utk menang akan digandakan!!

hehehe!! (mcm kamek buat ni laa.. hahaha!! x malu btl~~)

hohoho.. ku minat beg ini

but~~out of stock.. gue suka bhgn dlmnye itew..

ok.. if i win, i want to choose dis bag
sebabnye ia telah mengingatkan gue kpd beg kaler sama mcm ni.. yg telah di'silicone'kan oleh pakPecHo~~ (sbnrnye beg tu sy ltk kt bwh seat passenger, xtau pakPecho letak gam silicone kt ctu.. sebab tu ler terkena.. if kat buckle je yg kene, bole tahan lagi.. ni kt fabric okeh??!!) huwaaaa!!! sedih babe.. satu²nye beg kesygan tuh... hemm..skang ni beg tu dok terperap lam almari jek.. xmo pakai sudah~~

=[

kepada korang suma.. sila laa masuk contest giveaway neh ye.. mana laa tau hade luck..leh menang beg ngan Designer PurseHook.. hadiah saguhati pon okeh juga.. tp dpt Designer PurseHook je laa.. beg tarak laa ye.. hehehe

selamat mencuba~~ thanks to MOBS and AliceWonder.Com