Wednesday, May 19, 2010

Betty & Tina 1 2 3


2 tahun

· Berlari dengan lebih yakin

· Panjat tangga tanpa bantuan tetapi belum boleh menukar atau ganti kaki semasa naik tangga

· Boleh seimbang dengan satu kaki dalam masa yang pendek, akan jatuh bila berusaha untuk lompat bangun dan duduk.

· Boleh pegang cawan atau gelas dengan menggunakan satu tangan.

· Boleh panjat kerusi dan duduk

· Boleh zip atau butang yang besar.

· Boleh tutup dan buka pintu.Boleh gerakkan barang-barang seperti barang mainan ke hadapan dengan menggunakan kaki


3 tahun

· Sudah pandai dalam membuang air besar.

· Boleh naik tangga tanpa pertolongan, noleh menukarkan kaki semasa naik tangga.

· Boleh sepak bola yang besar.

· Mereka gemar membina blok-blok atau bongkah-bongkahmenjadi menara.

· Boleh cuci tangan. Keringkan tangan dan juga berus gigi.

· Boleh memanipulasikan butang baju dan zip pada baju dan seluar

· Boleh membuka buku .

· Boleh memijak pedal basikal kecil atau beroda tiga

· Boleh memegang crayon atau pen dengan jari mula atau ibu jari.

· melukis bulatan penuh.

· Menunjukkan peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis.

· Melompat dari tempat tinggi sedikit ke lantai.

· Boleh membezakan jenis jantina.


Monday, May 3, 2010

Ujian Dari Allah

Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti.

1- Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, dukacita, tidak aman dan lain-lain lagi.

2- Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak dan sebagainya.

3- Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.

Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:

a- Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasan langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dan dan ia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dah bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk meninggikan mertabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman.

b- Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus di-rundung malang, dan nantinya akan di ganti di akhirat dengan rahmat dan juga keredhaanNya.

Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, gelisah atau pun berputus asa. Allah akan mempermudahkan jalanan hidupnya.Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan memberkati hidupnya.


note: saya harap dapat lebih kuat lagi selepas ini~~