Saturday, January 5, 2013

Surat Komplen dari jiran yang Prihatin

Daripada :
Mama Rock Anak Sorang
Ruang Tamu,
Selang 2 Tingkat Atas,
Puncak Alam

Kepada :
Makcik & Anak Beranak.
Balkoni Dapur,
Tingkat Bawah Sekali,
Puncak Alam.

Perkara berbangkit : Bau Ikan Jeruk Masin Mu Menusuk Ke Ruang Rumah Ku

Kehadapan Makcik,

Dengan senang hati merujuk kepada perkara yang tertulis diatas.

Saya dengan rendah diri walopon sy sedar sy lagi tinggi dari Makcik ingin meminta jasa baik Makcik anak beranak supaya menghentikan operasi memasak ikan masin tersebut.

Ini adalah kerana bau tersebut telah menyebabkan sy terpaksa menyeperei sebanyak yg mungkin pada sofa, langsir, baju di ampaian semata-mata utk menghilangkan kelekatan bau.

Untuk pengetahuan Makcik, sy terpaksa membuat jadual menutup tingkap dapur, bilik dan pintu dapur setiap tengahari dan petang bagi mengurangkan kemasukan bau. Ini sukar sekiranya perkara itu terjadi ketika sy tgh syok menonton rancangan peberet ataupon jika sy sedang didalam tandas.

Ada pon disini, sy ingin menyertakan sedikit sbyak cadangan utk pihak Makcik.

i) Mengalih dapur memasak ke dalam ruang dapur didalam rumah
ii) memasang kipas / aircond di dapur
iii) memasang dinding / tutup terus kawasan balkoni dapur
iv) tukar jadual memasak ikan jeruk masin  dari setiap hari kepada sebulan 1 kali

Diharap pihak Makcik dapat mempertimbang cadangan-cadangan tersebut. Segala tindakan Makcik didahulukan dengan jutaan terima kasih.

Yang Benar,

Mama Rock Anak Sorang