Thursday, November 26, 2009

luahan hati manusia biasa

Salam.. (senyum sambil terkebil² dengan mata panda~~)

harini last kije.. esok cuti raya haji lak.. xde org kt cni.. hemm... tipu laa kata xde kan.. sy kt front desk jaga telepon (pergghh..telepon kene jaga tuh!), pak ajis sedang melepakkan diri dgn srt khabo, c jenglot baru sampai opis.. nadh apple, din dendang ade kt atas... maman pon baru sampai opis... cleaner plak x sampai² lagi.. (woi cleaner!!!! cepat arr kemas opis ni.. penuh sampah ko tau??!!)

td sebelum smpai opis, singgah jap kt Tesco Extra, nk cucuk duit.. tetiba tengok ada Bomba, Polis suma.. pastu ade plak akak sorang dok cakap² ngn Polis.. suspen neh.. ingtkan kenapa.. sebelum masuk cucuk duit, mengendeng laa sekejap kt akak² Joyah ngn troli masing², tnya kenepa ramai² tuh.. skali dorang kata, kunci tertinggal lam kereta.. huhuhu! ingtkan ade org mati lam keta ke hape.. sempat gak cakap kt security Tesco tu, 'kalo ade org mati lam kereta tu, mesti Tesco glemer dpt nama.. hehhe'..

huuu.. ape aku taip neh..

ngantuk arr... mlm td c Betty dok suh tlg garukan kaki dia.. pastu sejam sekali tendang pinggang mama dia.. suh bangun laa tuh.. sabo je ler.. tgk mcm dh nk ok minah kenit tu.. alhamdulillah laa.. tp sy tgk nenek Betty plak nk demam (hemm, dah demam dah kot..) konpem jangkit ngn Betty plak ni.. kesian mak.. err.. org tua leh jangkit gak ke sakit kaki,tgn, mulut neh?

smlm mak kata, Along nk pos Qistina kt umah mak.. tp bila Along dh terbaca kes sakit berjangkit c Betty ni kt blog, trus x jadi anta.. hemm... (x pyh anta Long.. bahye.. kang jangkit plk kt Tina.. dah ler air liur minah kenit tu asyik meleleh jek.. huhu!)

esok lepas sembahyang raya (jujur sy cakap, sy x pernah pegi solat sunat raya!), sy, pakpecHo, Betty,atuk & nenek akan balik ke Kampung Abah di Parit 2, Chenderong Balai, Perak. agak lama sy x pulang kesini.. rasanya lebih 5 tahun.. lgpon my pak Jang & Mak Jang buat korban lembu sekor (er... x pasti lembu ke kerbau.. huhu!). Pastu nak buat tahlil skali.. mungkin tido sana 1 malam.. pastu raya ke-2, trus balik kg mak kt Sg. Dusun, Hulu Selangor.. pon ade kenduri tahlil & doa selamat.. tido sana 1 malam lg.. huuuu... baju x packing lagi neh.. 1 hape pon x buat lagi..

heshhh.. x bekpes lg ni.. nk g tapau jap kt Agora, tp sape nk tolong cover tempat sy neh? huuuu... rerasanya minggu ni x jaga makan minum.. ikut mana yg sempat jek.. (agak² turun x berat neh?) hahahhaa!

k, laa... nk men game kt mukabuku.. giler arr... x berasap dapur aku tu.. (CafeWorld).. wahahhaa!!

Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Korban!

Wednesday, November 25, 2009

Betty & HFMD

Salam..

Ari ahad betty demam.. hemm bukan demam panas laa.. cuma dedar² jek.. tp sy sedikit cuak laa sbb minah tembam ni jarang demam.. tp bila skali demam, habis huru hara dibuatnya.. huhu! sy mula perasan suam² panas kt badan lepas mandikan dia petang ahad tu.. hemm.. tp biasa laa.. budak aktif.. mana nk tau dia sakit ke tidak kan?

malamnya dia macam x selesa.. cket² merengek.. aduhai.. sok nk kije lak.. mata ngantok dah neh.. pakpecHo lak kije malam.. giler ar.. yg c betty lak, kejap² nangis.. huu.. sabor je ler..

ari isnin, pepagi lg dh sergah klinik desa kt pdg jawa tuh.. mintak ubat demam.. (free dowh! penjimatan terhebat di waktu² ujung bulan~~).. xmo plak dia mkn ubat tu.. slalunye dia laa juara mkn ubat! huk! pastu petang lps balik kije, tgk kt montot, tangan, kaki, tapak kaki suma naik ruam².. aiyaa!! campak ke? nasib ade stok calamine lotion kt umah.. sapu jek laa kt dia kasi lega cket.. nasib dia x marah.. hehe!!

tp yg masalah besar sebenarnya, dia xmo makan.. hemm.. bukan xmo, tp x bole nk makan.. selera tuh ada.. tp tekak sakit.. asal nk telan/minum air, terus dia nangis.. katanya, 'nanak mama..'.. huu... kesian tgk dia.. kata nenek plak, masa nenek ngn atuk bawak Betty g jln² pastu singgah mkn kt kedai, Betty siap tutup mata bila Mamak tu anta makanan kt meja! auchhh.. maybe dia dh x sanggup nk tgk makanan.. ye laa.. nk makan, tp x bole.. kalo kita pon mcm tu jugak kan.. hemm..

pagi semalam pon, still mcm tu jugak.. risau gak.. takut² badan kurang air.. kang x pasal² kene tahan wad kt spital.. alahai.. makin kurang tembam laa anak omak neh.. =|

last² call mak kt umah, suh siapkan c Betty, suh pak pekpecHo amek dia bwk p jumpa doktor.. masa diorg smpai kt opis, pergghhh.. air liur minah tu asyik meleleh jek.. mmg tahap xleh nk tutup mulut dah tuh.. cakap pon xnk.. (ini serious!).. nasib paed ada ptg tu.. check pnya check, doc kata bukan campak.. ni jangkitan penyakit Kaki, Tangan & Mulut.. huuuu... ni mesti sbb slalu bwk g jln² kt taman men gelongsor.. tangan x cuci suma.. sbb tu laa kot.. nk kata dapat kt nursery, bila ke masanya laa c Betty ni dok nursery kan? hehe..

hemm.. utk ubat, cuma ade ubat titis kt tekak ngn krim utk sapu kt ulser.. doc pesan bagi minum air byk².. ngn bagi aiskrim / bende sejuk kt dia.. tunggu dlm 3 - 7 hari, insyaallah sembuh.. huu... bila anak sakit, suma kije x menjadi.. mood nk balik kg pon takde..

harap² minggu depan dia dah sihat semula! aminn..

*Mata sy dh macam panda.. huhu!

Penyakit Kaki, Tangan & Mulut

Definisi dan Penyebab


HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan
dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.
Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/

Friday, November 20, 2009

biskut ke kuih?



hehe..

penah tgk? penah beli?

penah makan? sedap x?

perghh..

sy skang ni mcm dah 'ketagih' kt biskut (err.. biskut ke kuih?) kacang hijau..

alaa... yg dalamnye ade inti (inti ke?) kacang ijau tuh laa..

hemm..

masa keje kt PAS dulu, rajin gak laa beli kt Bee's Bakery..

(dh kedai roti tu depan mata.. ari² rotiiiiii laaaa!)

bila dah x kije sana, beli jek kt mana yg jumpa..

kedai runcit.. kedai mamak.. kedai beskal pon ade jugak.. hehe!

skang, kt Agora pon dah ade.. jdnye ari² mau... (oppss! bukan harimau okeh..)

tp mahal laa.. hihi! singgit pat posen utk 3 bijik.. hemmm....


nak makan pon x sampai hati.. =|

tp kalo dah suka...?

beli je laaaa.... wahaha!

okeh, Selamat Berhujung Minggu!

*esok nk p collect something at Kelana Centre Point.. weeehoo!

Thursday, November 19, 2009

Kan??!! (entry marah)

Salam..
Marah ni!!!

Teramat marahhh....

time aku bizi cenggini laaa, ko nak datang nyebuk!

apsal smlm ko x datang?

apsal ko datang arini?

sbb ko baca entry aku ek??

ko mmg arrr...

time aku bersenang lenang, xmo plak ko dtg..

time aku sorang², ko pon terhegeh² nak scan..

ko mmg arrrr!!!

aku dah agak dah...

ko mmg dah aim lama keta aku tu kan?

ni sape nk bayar ni?

%^&*%&W###%@

arggHHHHH!!!!

*busuk rekod mr.green aku tuh!

Wednesday, November 18, 2009

Mimpi

Selamat pagi..
saya sedang makan lempeng cicah sambal ikan bilis sambil menaip entry ini.. hehe!

sangat sedap!

harini henpon sy tertinggal.. haru-an betul laaa..

hehe! ni gara² charging, pastu lupa terus..

eleh.. kalo bawak henpon pon, sape je yg nk call saya kan?

hahha!! poyo-an kalah menteri.. hahahha!!

tp bukan masalah poyo disini, cuma sebagai alat yg perlu digunakan sesama saat² kecemasan..

betul x?

tp kalo bwk henpon, tp kredit xdo.. bek x payah bawak kan?

hahaha!! sengal!!

owhh.. mlm td sy bermimpi..

kereta kene saman ngn 3 org penguatkuasa MBSA, gara² x bayar parking..

huhu! sepanjang 2 mggu ni, xde plak yg dtg wat spot-check kt area opis ni..

tp sy takut mimpi mlm td jadi kenyataan jek.. huu...

d sbbkan nak mengelak byr parking yg x sampai 5 hengget 1 hari,

mendapat plak saman kompaun rm30.. kan ke dah rugi rm25..

heshh...

pas abis lempeng neh, nk p bayar parking laa..

seriau dah neh..

selamat hari rabu!

Tuesday, November 17, 2009

cikBetty Bakal Kakak??

haishhh...
rileks... bawak bertendang bertenang... hehehe!

cikBetty mmg bakal jadi kakak.. tp x tau bila.. hahaha!

tgk gaya, mcm dh bersedia jek.. tp bila ditanya

'risya, nak adik tak?'

..angguk..

haha!! mcm laa paham sangat.. pakPecHo dh senyum² gumbira kt hati..

huh! perasaan yg sungguh perasan!

okeh.. rileks.. tanya lagi..

'nak baby tak?'

..angguk jugak! .. 'bebehhh'

(sila baca : baby.. tp x sure gak, sbb teddy bear pon dia panggil bebeh.. hahha!! camno??)

bila tnya camni plak,

'nnt baby tido ngn mama ye? risya tido sorang² tau.. jadi kakak..'

'...nanak!' (sila baca taknak)

hahaa!!

'kata nak baby..'

'nanak ahhhh'

wahahaha!! muntah ijau ke bang??? hahahaa!!!


bakal kakak : merenung masa depan~~

saya? sedang ber'eksperimen'..

hehehe!!

SELAMAT HARI SELASA!!

Monday, November 16, 2009

kene serang!!

aiyarkk.. giler geli arr tengok cik anai-anai..

tu laa.. dh pesan banyak kali kt pakpecho..

bawak balik rak buku tu.. (sila ulang ayat ni 50 kali =] )

degil.. xmo dongar..

tgk! kan dh kene makan cik anai-anai..

dah ler kt umah mak tu mmg byk tok nenek anai²..

kn dh mendapat..

abis rak x bole nk guna dah..

2 buku sudah expired di keje kan cik anai²..

%^7##$%^&(^^#

naseb ler DVD tu x di makannye..

tu.. skru rak tu.. kenape x mkn? keras ye cik Anai²?

huhu!

benci tau..

makcik penat² bayor bulan² nak bagi cikBetty bijak pandai..

last² cik anai² yg lebih advance..

huwaaa~~~~ tension laa cenggini..

moral : jgn malas kemas bilik walopon tumpang tido saje..

ngehehe!! (pesanan utk diri sendri yok!)

Thursday, November 12, 2009

DJ-LRC with me..hehehe!!

Last week order Lemon Rosemary Chicken dengan Kak Didi.. huhu!! sungguh suspen.. kira last minutes order laa neh.. naseb ler sampai jugak LRC ini pada saya.. mekaseh Abg Jaz & Kak Didi.. ekeke!!

sebenarnye dh lama rasa nk order.. tp slalunye x kesampaian.. huhu!! yang sampai slalunye gambo ayamnye saje.. huwaa~~

okeh.. skang, sila tengok gambo tanpa bau... (nk bau LRC, sila order laaa)

1 LRC with 2 BP

hehe.. lom potong lagi neh..
kene kerat 2 bagi mak sbelah.. sbelah lg nk bwk balik PA

giler kentang.. suka bangat ngn BP neh..

menu tambahan :
kerabu mangga (sendri bikin lor)

pasneh nak order lg..

sekian, mekaseh.

p/s : nyaris terbabas dengan NASI!

Friday, November 6, 2009

Hidroponik

Salam Jumaat!! (yeaaaa~~ esok cuti!! mcm laa x penah cuti time weekend.. haha!)

Baru² ni tertengok laa TV1, x ingt laa plak program ape.. hehe!! tp time tu dia ada tunjuk cara² penanaman pokok menggunakan kaedah Hidroponik..

whoosHH~~ teringat plak masa skolah dulu.. owh! saya aliran Sains Pertanian okeh! tp result exam dapat 5C?? hahha!!

ingt lg, setiap ari sabtu mesti kene dtg skolah.. (kekadang ponteng jugak~~) nama pon petani kan.. jadinye kene laa turun ke kebun.. (huhu!! bukan FarmVille okeh.. =P)

mcm bdk² lelaki, dorang ternak burung puyuh.. kitaorg bdk² perempuan ni, bercucuk tanam laa ye.. well, sy and aJa (she's my partner since we're 'terjebak' at the same class) memilih utk bercucuk tanam secara Hidroponik.. sgt best saat itew.. heheh!

setiap hari kene rajin menjenguk pokok².. kitaorg tanam macam² pokok.. tp yg saya ingt Sawi Kerinting je laa (xtau tang mana kerintingnye ye..) hemm.. mana air yg kurang, kita kasi tambah.. tgk² baja dah letak ke belum.. ade ulat or serangga ke x kt pokok tuh.. huuu.. kenangan..

the best part is when the pokok ready to harvest! yaaaa~~ jadi peniaga pulak ye.. buat business kecil²lan.. jual sayur kt cikgu² suma.. owhh cikgu Haizon, cikgu Rahmi, cikgu Hawa and suma cikgu , very supportive laaa.. sanggup tebalkan muka pergi jual sayur kt setiap kelas.

~~Sayur! Sayur! Seringgit Seikat!

hahaha!! malu siot.. tp mcm biasa laa.. mana jualan yang x abis, bahagi dua.. pastu bawak balik kasi mak masak.. haha!

okeh.. cukup laa kenangan berpengajaran tuh..

tp, sy macam teringin laa nk tanam pokok kt umah.. tgk ade gak org jual DIY set Hidroponik nih.. harga pon okeh laa... x mahal..

tp mampukah saya?

bak kata mak sy a.k.a nenek Betty, ko nk tanam pokok? rentikan je laa.. bila masanya ko nk bela pokok tuh? balik umah pon 5 thn skali..

huwaaaaa!!!

will do it.. tp xtau bile.. hehehe!!

note: nk kopipes cik Intan yg bela pokok x mati sampai bila² kt umah laa.. bole ye cik Intan?

Thursday, November 5, 2009

My Sweet Little Shop Giveaway

(until 30th Nov 2009)


wuhuhu!! giveaway lagi??
hahaha!!

Sempena pembukaan Online Baby Shop (MySweetLittleShop), tokey kedai berbesar hati ingin memberi hadiah kepada 3 org pemenang bertuah yg terpilih ( saya kah iteww??) =P

Syarat² :

1. cambiasa mestilah kena jd follower my sweet little shop n add my sweet little shop dlm bloglist korang - DONE!
2. letak banner atas ni kt sidebar korang n link sekali ke giveaway nih - DONE!
3. wat entri psl giveaway nih - DONE!
4. jgn lupa link back ke blog nih.. - DONE!
6. tgalkan link da siap kt ruangan komen bwh ni.. - DONE!

owhh..!! giveaway ni akan ditutup pada 30th November 2009 okeh..

Sekian, terima kaseh..

Selamat Pagi Khamis!!

Tuesday, November 3, 2009

Mysunshine giveaway & Cloth Diaper fund for Rumah Titian Ashraful Rohaniah

(1st Nov 2009 - 20th Nov 2009)

MySunshine2U

Derma & Menang!

3 Bento Box ::wink²!


Mudah saje..
MySunshine memerlukan sokongan dan perhatian anda bagi
membantu penghuni Rumah Titian Ashraful Rohaniah(RTAR)
.
.
cuma tolong* menderma dari segi kewangan
(*tiada paksaan)
target -->RM800 @ 30pcs Cloth Diapers
.
.
atau
.
.
anda belikan saje (diaper cloth)
.
.
untuk
.
.
Arianna-3bln, Danial-1 1/2 thn & Nanda-2thn
.
.
ini bagi mengurangkan kos RTAR utk membeli lampin pakai buang..
jimat sudah... hehe!
.
.
untuk menderma, bolehlah menyumbang di
ACC Maybank : 1641 7366 2845
Zarina Semuri
.
.
sila nyatakan "RTAR CD Donation", jumlah sumbangan ke email
.
atau untuk menderma Cloth Diaper (sebarang saiz dan warna) boleh juga email ke zarinasemuri@yahoo.com utk info yg lebih lanjut.
.
.


Sedikit Maklumat Rumah Titian Ashraful Rohaniah (RTAR)
013-4550013/ 05-6237530
email :
rtar@streamyx.com.my

No.53B, Kg Selabak Luar Batu 3,
Jln Changkat Jong, 36000 Teluk Intan
Perak

Rumah Titian Ashraful Rohaniah, located in Teluk Intan. Under care of Pn. Rohana & her husband with help from volunteer.

There are abt 60 adult under RTAR care, categories as Senior Citizen (Warga Tua), Neglected (Warga Terbiar), Orphans (Yatim), Special/Mentally Challenged, (warga istimewa), People with Disabilities (Warga Kurang Upaya).

The orphans/kids are baby Ariana 3 months, Danial 1 and half year, Nanda 2 years, Ainul 5 years & Farah 9 years.

Sekian, terima kasih =]

Monday, November 2, 2009

Mama saya masak Muffin!

Salam Isnin..

bulan lepas sy try masak muffin blueberry.. hihi!! beli yg segera kt BAGUS, tinggal nk mix kan aje ler..

giler ar.. siap beli penimbang suma.. haha! selalunye men blasah jek.. xpon sukat guna cawan.. skali yg ni kene pkai timbang, terpaksa laa beli jugak kan.. =]

owh.. knp sy sibuk benar nk masak muffin ni? ni suma gara² mak beli dapur baru.. jd sape lagi yg pecahkan dara oven tu kan? saya laaaaa wehhh.. hahahaa!!

muffin blueberry

bluwerkk!!! x cheedap ahhh

hahaha!!

selamat makan tengahari!!!

hanya gambar







thanks!